ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, September 23, 2006

Ramadhan


Ramadhan or should it be spell as Ramadan(?) menjelang lagi. Kali ni dia jatuh pada hari Ahad 24/9/2006. Alhamdulillah, sekali lagi dapat bertemu dgn bulan yg mulia ini.

Teringat pada makcik dan pakcik saudara yg baru saja meninggal dunia baru2 ini. Tahun lepas sama2 dpt menyambut ramadan dan tahun ini semua merasakan kehilangannya terutama sekali anak2.

Tahun ini ramadan nampaknya disambut dgn 2 org anak saja. Yg sulung dan kedua berada di kolej masing2, cuma yg sulung tu mungkin akan balik setiap hujung minggu. Sedih rasanya bila berbuka dan bersahur tak cukup korum. Lagi 3, 4 tahun tak mustahil hanya kami berdua je yg akan berbuka dan bersahur sama2. Dah tak de lagi suara berceloteh/berbual/bergurau/berebut2 makanan lagi. Walau dah besar kadang2 tu msh lagi berebut2.

Yg pasti kat atas meja tu mungkin tinggal nasi je sbb akak mmg jarang makan kuih2 ni melainkan kuih yg dibeli anak2. Seperti biasa waktu berbuka akak akan minum dulu seblm solat dan kemudian baru makan. Sedangkan suami dan anak2 akan makan dulu baru bersolat. Akak mmg tak blh makan dulu kalau tak nanti masa bersolat mungkin boleh muntah terutama apabila tengah rukuk. Dimana2 akak berbuka akak akan tetap solat baru makan.

Dan seperti biasa waktu berbuka mesti ada makanan khas utk anak2, (selalunya beli shj). Yg sulung faberetnya lain, yg kedua lain dan yg bongsu lain pulak. Selalu taklah beli banyak Rm1 setiap sorang. Bila hujung minggu tu barulah akak masak special sikit.

Seperti 3,4 tahun kebelakangan ni akak jarang dan mungkin tak balik langsung ke kg, ini kerana hubby lebih selesa bersolat terawih di sini shj. 3 tahun lalu setiap malam kami bersolat di masjid negeri tapi bila masjid disebelah rumah siap kami tak pergi lagi ke sana. Rindu pulak rasanya nak bersolat di sana.

Selamat berpuasa dan semuga puasa kita diterima dan segala amalan yg dibuat diberi pahala berlipat kali ganda.

1 Comments:

At 1:40 PM , Blogger InaOK said...

Yup ..mmg terasa bila tak cukup korum. Korum I kurang 2 sbb My Two Gondol Heroes di asrama & tak boleh balik sehingga cuti Raya. Tahun ni tahun pertama Aisyah belajar puasa... kelakar Si Minah ni, nanti I cerita kat Bicara kami
Anyway, I can't imagine bila sampai waktunya I akan bersahur & berbuka berdua je dgn hubby .. Hemm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home