ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Monday, September 25, 2006

Haji


Membaca kisah Hisham di Mekah al Mukaramah teringat kisah yg sama berlaku semasa akak berada di sana dlm tahun 1994. Masa tu akak pergi bersama dgn hubby dan juga mak mertua.

Pada mulanya hubby nak pergi dgn mak dia shj tapi memandangkan akak pun telah berniat utk ke sana seblm umur mencecah 40, akak minta izin nak ikut sekali. Lagipun adalah lebih baik seorg wanita lain yg menemankan maknya yg tak berapa sihat tu berbanding dgn dia. .Ialah bila di sana lelaki dan perempuan ditempatkan di dalam bilik yg berasingan.

Alhamdulillah memandangkan simpanan pun dah cukup dan mak akak dah bersetuju nak jaga anak2 yg ketika itu berumur dari 1 ½ tahun hingga 7 tahun, akhirnya kami pun berangkatlah ke tanah suci dlm bulan Mei 1994.

Rancangan pada mulanya nak gunakan perkhidmatan muasasah tapi memndangkan mak mertua yg kurang sihat kami mengambil keputusan utk menggunakan perkhidmatan pakej oleh TH. Masa tu harga pakej tu lebih murah dari harga muasasah sekarang yg hampir mencecah RM9k (or mahal dr tu ke?)

Memandangkan kami membawa warga mas yg kurang sihat kami diberi keutamaan semasa di Kelana Jaya dan Airport dimana kami dibawa menggunakan jalan lain semasa di Kelana Jaya (utk ke dewan seblm menaiki bas ke Subang Airport) dan di airport disediakan kenderaan khas utk menaiki kapal terbang.

Kami bertolak ke lapangan terbang dgn diiringi oleh polis peronda, terasa macam vip pulak. Perjalananya pada sebelah malam dan terdapat lebih kurang 10 buah bas yang bertolak pada masa yg sama. Tiba saja di airport kami terus dibawa menaiki pesawat MAS.

Kapal terbang berlepas lebih kurang pukul 9 atau 10 mlm. Entah mengapa akak terasa terlalu mengantuk, mungkin penat dari siang hari tak berehat. Jadi masuk je kapal terbang, pasang talipinggang keledar dan terus terlelap. Jaga2 kapal terbang dah pun ada kat atas awan, tak perasan bila dia berlepas. Yang seronoknya tengok peramugari2 tu bertudung. Boleh pun bertudung dan cantik2 rupa mereka.

Ketika hampir sampai ke destinasi, akak terdengar orang yg depan tu kata ada seorg jemaah wanita telah meninggal dunia. Innalillah, tak kesampaian niatnya nak mengerjakan rukun Islam yg kelima tu. Patutlah semasa lalu nak ke tandas ternampak mcm ada benda putih kat tepi kerusi.

Dari cerita yg didengar, jemaah tu mmg tidak sihat, dinasihatkan supaya tak pergi tapi dia berdegil juga nak prg dan dia bawa anaknya seorg. Dan dgr khabar jenazahnya akan dibawa balik semula ke M'sia. So kami yg lalu lalang kat depan tu nampaklah sekujur tubuh yg dibaluti dgn kain putih terbaring.

Kami tiba di Jeddah lebih kurang waktu subuh. Sampai kami di sana, kami di'periksa agak ketat juga. Habis sume diraba dan pastikan kami tak bawa barang2 terlarang. Walau apapun pegawai imegresennya baik2 terutama bila tahu kami dr M'sia , siap tunjuk jari tanda 'good' kat kami semua.

akan disambung.........bila kelapangan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home