RAYA

Baju Raya
Tak lama lagi raya bakal menjelang dan semua orang sibuk bersiap nak meraikannya. Ada yg beli baju raya (waaa.........sedihnya tahun ni tak beli apa2 pun utk diri sendiri. Last week ke kedai cuma beli baju anak2 dan hubby?). Hah.hubby beraya sakan tahun ni dgn baju Melayu berseluar. Sepanjang 20 tahun perkahwinan tak pernah sekalipun dia bersolat raya dgn baju melayu, berseluar dan bersampin. Tahun ni ntah apa kena tiba2 dia nak berseluar dan bersampin, siap testing lagi kat rumah. Tapi tak tahulah kot pagi raya tu tiba2 tukar fikiran.
Anak2 lelaki pun dah akak belikan baju Melayu sepasang seorng disamping 2 pasang lagi baju dan seluar. Teringin jugak nak merasa baju baru raya ni tapi bila kira2 balik bajet, alamak tak cukuplah. alah habis saja raya ni, Nas akan balik semula ke kolej utk menyambung semester ke 2 dan awal2 dah dia beritahu yuran kali ni lebih kurang RM2k. Ermm ni kena simpan duit nie tak boleh belanja banyak2.
Yg anak perempuan masing2 dah ada sepasang baju kurung tapi nak beli lagi sepasang, warna ungu kata mereka kerana tema tahun ni ungu. hah......raya pun ada tema? Yelah mama.........anak mak ngah semua pakai ungu, Ika pun kata dia pakai ungu jadi kami pun nak pakai ungu. Nampaknya kena pergi lagi sekali ke kedai nak cari kurung ungu pulak.
Kad raya
3 hari yg lepas terima kad raya pertama. Tgk post marknya dari JB. Wah.....dah dapat agak dari siapa, seorng kawan yg tak pernah lupa menghantar kad walaupun kadang2 akak sendiri 'terlupa' nak hantar. Without fail since years ago, dia pasti akan hantar kad ni. Thanks Roy, U never forget me, I je yg kadang2 terlalu sebuk nak menghantar kad kat U.
Next day pulak terima another 3 cards. Thanks Alin for the card. Yg lagi satu rasa2 nya from one of my egoups friend. Ngapalah tak tulis nama, setakat signature je. Dan lagi satu from my friend yg tahu nama tapi sempai sekarang tak ingat mcm mana rupanya. Ialah masa kat kolej dulu taklah rapat sgt, tapi since reunion hr tu dia tak pernah lupa hantar kad raya kat akak. Anyway , thanks Nora.
Akak pulak, sejak kebelakangan ni ntah mcm mana rajin pulak hantar kad raya. ialah dulu I couldn't be bothered tapi sekarang ni teringin menjalin semula hubungan atau menambah koleksi rakan2. Walau ada visual kad yg boleh dihantar dlm berbagai bentuk, siap muzik dgn gambar menarik tapi rasanya tak sama dgn kad yg dapat dilihat dan dipegang. Kad tu ada 'personal touch' org kata. Lagipun kad2 yg dikrim kat alam maya tu lepas baca selalunya org delete saja.
Tapi kad yg dihantar bukan setakat boleh simpan malahan boleh ditengok banyak2 kali dan kita tahu bahawa yg hantar kad tu mesti teringat kad kita masa dia hantar unless kad yg dihantar oleh PA2 dr bos2. Boss tu kadang2 tak tgk pun sapa nama, setakat sign je. Tapi ada juga boss yg rajin dan prihatin akan tulis nama kita dan wish kita. Dapat boss yg ingat kat kita seronok.
Tapi ada satu kad yg dialamatkan di ofis yg tulis nama akak besar2 tapi bila buka dlam, alamak utk org lain. Nama je serupa tapi btnya lain2. Kalau yea pun semaklah dulu sebelum hantar.
Kuih Raya
Dah dua minggu akak sibuk buat kuih raya, walau ustad kat masjid kata jgn sibukkan diri dgn buat kuih tapi sibukkan diri dgn beribadat. Ala ustad, buat kuih siang je, mlm Insyaallah tak pernah miss solat terawih dan seangkatan dgnnya. he..he...
Kali ni akak buat kuih guna resipi terbaru yg akak terima. Akak mmg jenis yg tak suka buat kuih yg sama setiap tahun or kuih yg boleh didapati di atas setiap meja. Resipi2 kali ni akak dapat dr blog2 dan grup2 memasak. Thanks Diana, Sue for the recipes. Really kuih2nya mengancam sampaikan ada yg dah tinggal botol je. Tapi tak pe kan kita buat kuih utk dimakan. Raya nanti kita makan pulak kuih org..he..he..
Duit Raya
Seperti tahun2 seblmnya duit raya juga perlu disediakan bukan sahaja untuk anak2 sedara, cucu2 sedara, malahan utk anak rakan2 yg kat ofis ni. wah, kali ni byk juga ialah, walau anak2 sedara dah besar2 tapi anak kepada anak mereka pulak dah bertambah. Kalau dulu anak sedara sorang tapi sekarang, anak dia pulak dah jadi 3 orang. Kira2 adalah lebih kurang 30 orang cucu sedara, semua sebelah hubby. Anak2 sedara sendiri masih remaja lagi, tapi tunggulah dalam masa 5 tahun lagi silap2 akak sendiri dah ada cucu.
Jalan raya
Ini bukan jalan raya yg kete lalu tu tapi berjalan raya. hah inilah masa yg paling akak nanti2kan
Selalunya kalau beraya di kg akak, pagi2 lagi akak dan hubby dah ke masjid kat kg sebelah sbb masjid kat kg ni penuh. Sementara ahli keluarga yg lain solat kat kampong je. Lepas solat tunggu org2 masjid dtg berhari raya.
Memandangkan kg akak ni dah jadi separa Bandar dan taman2 perumahan tumbuh bagai cendawan so org kg akn buat bbrp grup utk menjalinkan siratulrahim berkunjung dari rumah ke rumah, kalau tak 3 hari 3 malam pun tak habis berjln. Grup tu kecik je adalah dlm 7,8 buah rumah so tak lah lama before zohor dah habis.
Sementara menunggu yg lelaki berkunjung-kunjungan kami yg perempuan bersiap2 utk prg ke rumah pak dan makcik kat kl. Balik je diaorang ke rumah terus kami serbu kereta. Masa ni mmg seronok sbb ahli keluarga kami adalah dlm 26 org akan berkonvoi dlm 6 buah kereta ke sana dan selalunya masing2 bukan nak naik kete sama ngan ahli keluarga masing2 sebaliknya dok cari geng naik kete sama2.
Sampai di sana kami akan prg ke dua rumah yg wajib dan rumah2 lain tu selalunya mak dan ayah je yg prg, kami dok lepak kat rumah makcik. Selepas 2 jam kami bertolak semula ke KJG dan singgah rumah mak dan nenek sedara yg ada berdekatan ngan rumah kami pula. By magrib dah balik rumah.
So malamnya selalu kami tunggu tetamu dtg pulak. Kalau tak pun kami yg jadi tetamu makan kuih muih dan ketupat yg terhidang kat atas meja tetamu.. Mmg seronok adik beradaaik berjumpa sesekali apatah lagi anak2 kami ni semua dah besar2 dan umurpun lebih kurang sama. Memang riuh rendah jadinya sampai kadang2 tetamu beri salam pun kami tak dengar.
Esoknya baru akak akan balik ke rumah mertua dan selalunya tak lama kat sana apatah lagi sekarang MIL duduk ngan kakak ipar membuatkan kami tak tahu samada nak tidur atau tak kat situ. Mcm last yr kami beraya kat sana tapi duduk kat rumah adik ipar, sepatutnya raya ke dua baru balik KJG tapi ptg raya pertama tu hubby dah ajak balik Kjg. Bukan akak tau tapi hubby. Akak selalunya tak kisah……………
Disamping tu kami tak lupa juga utk beraya kat Melaka dimana ramai sedara mara sebelah mak dan aruah nenek (sebelah ayah) tinggal. Selalunya kami akan prg awal pagi dan hampir maghrib baru sampai semula ke rumah. Kalau ikutkan jalan raya ni cuti seminggu pun tak cukup.
Selamat hari raya dan amaf zahir batin. Berhati-hati ketika memandu, biar lambat asal selamat. Bak kata iklan kat tv, biarkan keluarga menyambut kita dgn kegembiraan dan bukannya tangisan.

1 Comments:
Somehow tahun ni tak rasa pun nak beraya ....
apalagi dgn hal yg terjadi semalam
Rasanya tahun ni nak pakai baju buruk je ....
Bergambar pun dgn muka masam.
Amacam .. boleh tak ???
Tapi anak-anak memang meriah la.
I akan pastikan they won't be affected by my mood.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home