Kehilangan
Hujung minggu yang sepatutnya ceria telah bertukar sedikit muram. Suami telah kehilangan seorang sahabat cum kawan cum pekerja cum rakan kongsi. Innalilla wahinna hilarajiun.
Kematiannya yang secara mengejut - pengsan di dalam kereta, darah beku dalam otak, operation, sedarkan diri sehari selepas operation dan koma semula dua hari selepas itu dan meninggal pada pagi Jumaat yang lalu dalam usia yang muda - 24 tahun, benar-benar memberi tamparan hebat kepada suami.
Banyak kerja yang dirancang bersama telah tergendala, malahan syarikat yang baru ditubuhkan tak sampai 2 bulan terpaksa berkubur bersama tuannya. Kasihan suami ku, nampaknya terpaksalah dirombak semula segala rancangannya yang telah diatur bersama.
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Hairil aka Along dan semuga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Amin. Dan pastinya rohnya terselamat dari seksaan di alam barzah.
Sehingga kini masih terbayang2 wajahnya yg kadang2 berada di rumah atau terdengar2 suaranya apabila menalipon suami. Yang pasti fonselnya ada bersama ku.
moral of the story
Hargai hidup ini dan perbanyakkan amal ibadat buat bekalan di akhirat kerana kita tak pasti bila kita akan meninggalkannya.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home