ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, November 04, 2006

Bingung



Aku bingung bila tiba-tiba kau berada didepan ku
Menghulurkan tangan mu tersenyum pada ku
Mengapa kini baru kau datang
Mengapa tidak dua puluh tahun yang lalu
Ketika aku kesedihan
ketika aku memerlukan teman
Berpuluh pucuk surat telah ku hantar
Berkali-kali tangan mendail
Tapi hampa kau terus membisu
menghilangkan diri
Impian yang kubina
menjadi mimpi ngeri
menjadi igauan yang menakutkan
Ku campakkan impian itu ke dalam peti besi
lalu ku lontar jauh ke Laut Mati
Tiba-tiba kau datang lagi
Maaf kau tak ku perlukan lagi
Kini bahagia telah ku temui.

Buat D yg tiba2 muncul dalam mimpiku.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home