apa cerita?

Minggu ni agak sibuk. Sibuk ngan kerja, sibuk menziarah dan sibuk bercuti.
Kalau kerja tak perlu nak cakaplah, sampai bila2 tak habis, be it kerja kat ofis apatah lagi kerja kat rumah. Kalau kat ofis tu bila berhenti kerja baru habis kalau kat rumah agaknya bila berhenti bernafas baru habis kerja.
Minggu lepas kebetulan hari sabtu dan ahad hubby tido kat kg, so duduklah rumah ngan anak2 dara ku. Hubby ada projek kat kgnya dan aku pulak rasa malas nak duduk kg. Dia kata nak balik ptg Ahad.
Tgh hari Ahad masaklah apa yg ada, tengok ada ikan so plan nak goreng ikan ngan masak sayur je. Masukkan ikan dlm kuali terus tinggalkan tgk tenet. Brp minit perasan yg dapur tu senyap je. Eh ngapa ikan yg digoreng tak berbunyi. Bila jenguk kuali baru perasan yg minyaknya tak panas langsung. huh........gas habis. Ini yg boring nie walau dah berpuluh tahun pakai dapur gas, ku tak reti mcm mana nak keluarkan kepala gas tu.
Since kat rumah mmg ada 2 tong gas (kebetulan dua2 dah kosong) keluarkanlah yg lagi satu tu. Sambil menggolekkan tong yg berat giler tu keluar rumah dlm hati terfikir mcm mana yea nak bukak kepala gas tu. Call org gas suruh hantar gas baru then call hubby.
"Bang gas habislah. Dah call suruh hantar gas baru tapi tak retilah nak bukak kepala gas tu" dlm hati berdoa supaya hubby kata biarlah org gas tu tlg bukakkan. Mmg selama nie org gas tu tak pernah masuk rumah cuma diluar saja dan hubby yg akan menukarkannya.
"Itulah x nak belajar, asyik harapkan kita je'
"habis tu mcm mana?"
"macam mana pulak"
"Kebulurlah kita"
"nasiblah awak'
Nampaknya hubby mmg takkan benarkan org lain masuk rumah kami. Makan biskutlah jawabnya. Tapi okay gak ada alasan nak tgk tenet lama2. Tgh hari dah boring tgk tenet, naik atas tgk tv pulak, actually tv yg tgk akak sbb akak dok baca paper. Tiba2 terdengar bunyi kete masuk, eh mama, ayah baliklah, kata anak dara ku.
Alhamdulillah, taklah kebulur, nampaknya hubby sian jugak kat bini dia nie walau dia tak cakap. So dapatlah kami makan tengahari tu ngan ikan goreng sambal, telor goreng dan sayur tumis.
Pengajarannya..belajarlah tukar kepala gas kalau tak nak kebulur. he..he.... or else call je delivery mcm2 ada Pizza Hut, Domino, McD. klu boleh masuklah benda tu kat dlm mulut tapi mulut ku ini mulut melayu benda2 tu sume kena reject klu masuk.
Pagi Isnin (25/12) tu pulak pagi2 (6.45am) dah bertolak ke rumah mak. Aduh jalan lagi. Pukul 4am dah call mak, mak siap tau pukul 7.30 kita bertolak. Sampai rumah mak pukul 7.15. Bunyi dind dong dan bila ayah bukak pintu terus cakap.
"Faridah call, jln masuk ke Segamat tutup. Tak leh nak ke sana"
" Hah...........dah siap punya cantik tak dpt ke sana. Inilah 1st time nak ke sana. Nampaknya angan2 ku tak sesampaian"
" So mcm mana?"
"Nampaknya hantar kak ngah ke melaka jelah"
"jom prg sekarang" jam menunjukkan pukul 7.45am.
"Ala mama pagi sgtlah. Kat rumah tu kak ngah sorang je yg tinggal. Boringlah mama"
"Tak pe, kang kita jlnlah kat mana2"
So pukul 9 lebih dah sampai. Nak gi mana yea. Jom mama kita ke Tesco. Berwindow shoppinglah kat Tesco tu.
Kakngah 1 jam saja ok, sbb ayah nak singgah Sepang.
By 10am kami balik meninggalkan kak ngah dgn muka 'kuyu. layu dan blur'nya. Sian anak ku keseorngan kat rumah sbb housematenya balik esok. Dia terpaksa balik hr nie sbb esok ada presentation.
Singgahlah sekejap kat rumah adik ipar yg akan mengadakan kenduri doa selamat malam tu. Inatkan dapatlah makan kenduri, rupa2nya tak masak lagi. Erm....kempunanlah nak makan kenduri. 2 kali rugi nampaknya. Lepas zuhur balik ke Kaj hantar kete dan sampai rumah selepas asar . Aduh penatnya.
Mlm tu terima sms dari adik.
"Along, wedding tu on. Ayah salah dgr, kat situ tak banjir kat tempat lain yg banjir"
Hah..........aduh. Frustnya.........kalaulah ku tahu mmg ku redah je. Mmg bukan rezki utk ke sana gamaknya.
he..he... seblm tu bila dapat berita tempat tu banjir, mcm2 spekulasi yg dibuat. Damnya dah penuh so air dilepaskan sbb tengok cuaca mmg panas terik hari tu mustahil air naik balik. Tukang masaknya (yg diimport dari Muar) tak dpt datang sbb ayamnya sume dah terlepas. ha..ha... lawak bodoh org kecewa dan macm2 lagi.............
Esoknya pulak kami berdua bertolak ke Ipoh pulak. Ermm mmg jauh perjalanan minggu tu. Ada urusan rasmi. Bertolak jam 7am dan sampai rumah pukul 4 ptg. Cakap ngan hubby kalau campur semalam dan hari ni punya perjalanan pergi balik, ada agaknya dari JB ke Arau Perlis.
Mmg letih, so bila esoknya rasa malas je nak prg kerja. Dahlah sampai awal pagi tak de kunci. Kebetulan hari Jumaat tu kunci ofis ditukar sbb kunci yg ada tu rosak (kami suspect ada org try to break in into the office sbb the day b4 kami terima cash RM21k dan cash tu simpan kat peti besi, jadi agaknya ada yg nak cuba nasib. Sbb seblm nie kunci tu mmg intact and my fren yg balik akhir the day b4 kata kunci tu mmg elok. Tapi bila I sampai pagi Jumaat tu, kuncinya dah rosak)
Bila tukar kunci baru tak sempat nak duplicate so walaupun sampai pukul 7.05 am hanya dpt masuk ofis pukul 8.00am. Bingung dan bengang jadinya.
This weekend pun cuti panjang. Bestnya raya dan dpt jumpa ngan adik2 ku.
SElamat hari Raya dan Tahun Baru. Semuga dapat berjumpa semula di tahun hadapan.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home