ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Wednesday, December 13, 2006

16/12/06



Pagi2 dah ajak hubby balik Kajang.
"Jomlah.......kan kita nak gi Melaka. Pukul berapa nak sampai nanti."
"nantilah, awal sgt nie, takkan nak prg rumah org kawin awal2"
erm.....tak pelah, so dlm pukul 9 baru berangkat ke Kajang.
Laa.........mak dan ayah pun tak siap lagi! Cepat mak...........prg cepat balik cepat. Begitulah akak suka ke mana-mana cepat2 so that boleh settle awal.

Bertolak ke Melaka dalam pukul 10 pagi, sebelum sampai di tol Seremban, nampak kereta bergerak perlahan-lahan. Hish, takkan dah jam kot. Memang sah, awal pagi dah jam. Terperangkaplah kami dalam jam lebih kurang 20 minit, kira okaylah tu.

Sampai tol Air Keroh lebih kurang pukul 12, mak tanya nak makan dulu tak. Mestilah, perut dah berkeroncong, lagipun nak singgah Bukit Beruang nak ambil Kak Ngah. Rumah pengantin pun tak tahu kat mana silap2 kat sesat ada nak kebuluran nanti.

Singgah kat Air Keroh utk makan tengahari, mak dan ayah makan nasi ayam, sedap katanya, akak pulak makan mee hoon sop dan hubby soto. Boleh tahan jugak rasanya.

Setelah mengambil Kak Ngah kami pun mulakan perjalanan mencari rumah pengantin di Tiang Dua. Pertama kali tgk alamat tu ingatkan taman tu nama Tiang 2, rupa2nya mmg kampung tu bernama Tiang 2. Berpandukan peta di kad jemputan bermulalah pencarian kami.

Belek punya belek, eh kat mana kita nie, ialah peta tu tunjuk dari tol sedangkan kami nie dah bertukar arah dari BB. So dgn 2 org co pilot dan seorg pilot, sambil memusing2 peta tu utk adjust kat mana kami sebenarnya, akhirnya sampailah kami setengah jam kemudian. Walaupun sepatutnya mengambil masa 10 minit je.

Semua menyalahkan peta yg tak betul walau sebenarnya kami yg tak pasti. Tapi nasib baiklah anak dara ku itu nampak land mark "Durian Besar" yg akak sangka nama tempat- dok puaslah cari signboard yg mencatitkan Durian Besar, rupa2nya replika buah durian yg mmg besar kat tepi jln. Walaupun terlajak bila dah sampai dan sesat pulak kat taman perumahan tu tapi alhamdulillah sampai jugak.

Bila dah sampai tu terasa terasing pulak diri nie. Ialah boleh dikatakan akak tak kenal even the tuan rumah, walaupun tuan rumah tu sebenarnya mak saudara sendiri (adik kepada mak) dan pengantin tu sendiri adalah sepupu akak yg tak pernah jumpa.

Inilah akibatnya kalau saudara sendiri dibela oleh orang lain, pasti tiada kemesraan diantara adik beradik. Mak dijaga oleh makciknya di Kuala Lumpur(Kakak kpd maknya) sejak lahir lagi. Adik beradik sebenarnya ada dalam 11 atau 13 org tinggal di Melaka bersama keluarga dimana mak adalah anak yg kelima (anak perempuan ke 4)

Sejak kecil mak hanya tahu yg adik beradiknya itu adalah sepupunya sementara sepupunya adik beradiknya. Hinggalah apabila dia nak nikah barulah dia tahu bahawa org yg dikenali sebagai pakciknya sebenarnya adalah ayahnya sendiri.

Kami adik beradik pula tahu bahawa keluarga sebenar mak apabila kami meningkat remaja. Oleh itu utk merasakan kemesraan dgn mak saudara, bapa saudara serta sepupu2 adalah amat susah sekali. Selama ini kami hanya mengetahu bahawa dua pupu kami itulah sepupu kami. Kami lebih mesra dgn mereka, boleh bergurau senda, makan minum kat rumah mereka tanpa rasa segan. Sedangkan dgn mak dan pak sedara kami tak kenal sgt apatah lagi sepupu sendiri.

Kedatangan kami ke rumah pengantin seperti menghadiri majlis perkahwinan rakan sahaja, walaupun mak agak rapat juga dgn mereka tapi masih tak serapat dgn keluarga angkatnya. Pandang sekeliling dan akak pasti kesemua yg menolong itu adalah sepupu2 akak yang akak tak kenali. Alangkan bagusnya dapat mengenali mereka dgn lebih rapat. Tapi adalah agak mustahil memandangkan mereka tu terlalu ramai, ialah adik beradik mak sendiri memang ramai, pastilah anak2 mereka ramai belum termasuk cucu-cucu mereka dan juga cicit-cicit.

yup, the eldest cousin dah ada cucu so my mother dah jadi moyanglah. Kami kat sana tak lama, pukul 1 bertolak balik dan singgah sekejap kat Masjid Sg Duyung utk solat zuhur sebelum singgah perigi hang tuah beli cencaluk dan gula melaka. Di sana berjumpa pula sepupu ayah (perempuan)yg berumur 70 tahun tapi nampak tua sgt mungkin jugak kerana tak de sapa yg jaga dia. Ialah dia tak pernah berkahwin so tiadalah keluarga.

Kami bertolak dari Melaka lebik kurang jam 2.30 ptg. Perjalanan ptg tu agak lancar cuma hujan lebat di beberapa tempat menyebabkan kami terpaksa berhati2. Nampaknya jam ke Melaka masih tak habis. Apa yg kami nampak dari Senawang hingga ke Nilai, sepanjang jln jam. Tgk dari keadaan kesesakan tak mustahil perjalanan yg 15 km tu boleh mengambil masa 1 jam.

Berhenti di Seremban utk minum ptg dan sampai ke rumah lebih kurang jam 5.45 ptg. Singgah sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke SA. Aduh penatnya, esok pulak nak ke majlis perkahwinan di Sepang. Hai setiap minggu ada je orang kahwin.

Kepada pasangan pengantin baru, jalanilah kehidupan berkeluarga dgn banyak bersabar dan terimalah pasangan kita seadanya.

1 Comments:

At 5:04 PM , Blogger InaOK said...

My aunt pun anak angkat, my father's cousin sebenarnya, sbb my father anak tunggal.
Tapi Cik Yah memang rapat dgn adik beradik dia. Cuma kami je yg tak rapat dgn mika.
Except for one adik dia tu yg suka kacau i masa kecik-kecik dulu ...
tapi sekarang ni kalau jumpa buat muka selamba je la, kononnya tak ingat. HeHeHe

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home