ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, December 05, 2006

Diary - 26/11/06


26/11/06 (Ahad)












Pergi ke Vistana Hotel menaiki komuter dan LRT. Pertama kali ke situ, jadi tawakal jelah. Sampai agak awal, sedangkan majlis bermula jam 11.30 pagi. Sambil2 duduk kat lobby tu pandang juga sekeliling, mana tahu ada orang pakai baju hitam merah, tema utk hr tu dan utk senang mengenali satu sama lain sbb ada antara kami yg tak pernah jumpa lagi.

Majlis ni merupakan majlis perpisahan moderator resipidotnet, Pn Jeni yg akan berhijrah ke Riyadh mengikut suaminya yg bertugas di sana.

Eh ramai gak penghuni hotel tu yg pakai baju hitam merah, yg pasti bukan ahli group sbb masing2 dok bawah beg dan mcm2 lagi. Dalam pandang memandang sambil membaca akhbar, tiba2 terdengar satu suara menegur, hah….dah sampai pun. Oh mama rupanya siap ngan berbaju hitam dan bertudung merah.

Sepatutnya ada usherer pagi tu, rupa2nya usherernya terperangkap dalam jam. Setelah bbrp org sampai termasuk yg nak diraikan barulah usherernya sampai. Antaranya yg hadir termasuklah 4 org ahli dari kota Singa, yg purposely dtg hanya utk meraikan Pn. Jeni, satu keluarga dr JB, seorg dari Penang, juga 4 org jejaka yg menemani pasangan masing2, 2 org dari S’wak – dia ni mmg duduk kat sini dan seorg dr Indon yg berkahwin dgn pemuda M’sia. Mmg globallah kiranya ahli RDN nie.

Seronoknya masa kat situ, ialah kami cuma bayar RM25 shj dan boleh makan apa saja. Mcm2 menulah yg dioder sampaikan tak termakan. Disamping tu pihak hotel juga bagi compliment kek keju utk majlis tu. Walau ada yg baru berjumpa tapi mesranya mcm dah lama berkenalan.

Setelah makan2 kami bergambar pulak, nie kira dah mcm budak2lah walau sume mak2 budak, riuh rendah jadinya lobby hotel tu……….

Dalam pukul 2 kami sume bersurai dan kenangan manis tu tak akan dilupakan. Buat Jeni semuga maju jaya ditempat orang.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home