BROGA
Hari Selasa yang lalu dalam kesibukan bekerja mengambil peluang mengambil anak yang dihantar ke kem motivasi. Walaupun ada dua mesyuarat pagi petang dan kedua-dua menjadi pencatit minit, tak kisah, buat derk je hantar borang cuti. Kebetulan boss tak de so penggantinya luluskan saja. Lega rasanya.
Memandangkan cuti sekolah kali ni tak ke mana2, jadi bila hubby terdengar berkenaan kem motivasi di IKIM anjuran Excell Training & Consultancy, terus dia suruh akak apply. Ptg tu jugak call organiser dan book tempat. Bayaran sebanyak RM290 utk 4 hari 3 malam memang dirasakan berpatutan. Kem yang dikenali sebagai Super Kem adalah bagi kanak2 berusia 10 tahun hingga ke 17 tahun, walaupun yg sebenarnya peserta paling kecil yg hadir berusia 8 tahun yg tua sekali 19 tahun.
Kem ini diadakan di Broga Negeri 9. Pasti ramai yang tak tahu dimana Broga ni, namapun nampak pelek. Actually Broga terletak antara Semenyih dan Ulu Beranag, bukan Beranang yea, sbb Beranang di Selangor sedangkan ulu Beranang di N9. Sebab diadakan di situlah menyebabkan akak lagi teruja utk menghantar mereka (2 org lelaki dan prpm)
Teringat lebih kurang 40 tahun yg lalu akak pernah tinggal di Ulu Beranang dan setiap kali kami balik ke kg di Cheras pasti kami akan melalui Broga. Broga adalah sebuah perkampungan Cina yg kecil. Sebelum tahun 70'an tempat tu dikenali sebagai kawasan hitam sebab mereka kata tempat tu tempat komunis. Ayah akak yg bekerja di Broga pada waktu tersebut pernah tersempak dgn org2 yg mencurigakan ini.
Kg tu dipenuhi dengan estet getah sahaja dan penduduk kampungnya boleh dikatakan kesemuanya adalah penoreh getah. Tempatnya memang sunyi dan tak ramai org yg duduk di situ.
So hari Selasa tu dgn excited sbb rasanya dah berbelas tahun tak ke situ, akak bertolak ke sana. walaupun Hari Sabtu dah hantar mereka tapi akak tak really concentrate keadaan sekeling sbb rushing dari rumah orang kahwin ke situ so sepanjang perjalanan akak dibuai mimpi je.
Dari rumah akak mengambil jalan lebuhraya persekutuan dan masuk ke lebuhraya Cheras kajang sebelum masuk pula ke lebuhraya Saujana Semenyih. kali pertama guna jln Saujana -Semenyih. jalannya besar, berbukit bukau mmg indah pemandangan dan dalam hati tertanya2, mengapa tak de tol sedangkan jlnnya begitu besar dan panjang. Lebuhraya Cheras - kajang yg cuma 14 batu tu pun ada 2 tol terpaksa bayar RM1.30 dan mulai 1 jan nie kena bayar RM1.90. Sian kat adik yg rumah mak mertuanya cuma 2 batu dari rumah mak terpaksa byr to RM1.80 pergi balik setiap kali hendak ke sana.
Sampai di pekan semenyih lebih kurang pukul 11. Awal lagi sbb semenyih ke broga cuma 8 km sahaja. memang banyak perubahan di pekan Semenyih ni, pekannya pun dah bersambung sampai ke kajang. Di era 70'an dulu pekan nie kecil je, hanya terdapat bbrp buah kedai dan bbrp kampung tradisional. tapi sekatang nie, subhanallah, punyalah banyak taman perumahan dan kereta pun dok byk kat atas jln raya sampaikan jam merupakan satu fenomena biasa kat situ.
Perjlnan dari Semenyih ke Broga melalui jalan yang berliku bak ular kena palu. tak de perubahan sejak dulu kin dan mungkin selamanya cuma jalannya lebih luas. Lebih kurang 3 km ke dalam terdapat University Nottingham. Kampusnya yg terletak di kawasan berbukit bukau mmg nampak indah sekali apatah lagi semasa kami lalu pagi tu kebetulan hujan renyai2 so nampaklah kabus disekeliling bukit2 tu terasa mcm kat Nottingham uk pulak.
Sepanjang jalan hanya terdapat samada semak samun. dusun buah2an ataupun estet getah. mmg terasa nyaman udaranya apatah lagi dgn hujan yg renyai2, cakap kat hubby mcm kat Cameron highland pulak.
Bila hampir sampai ke tempat yg dituju jam baru menunjukkan pukul 11.30 so ckp kat hubby, jom tgk rumah lama ku di pekan Ulu beranang. Tempatnya pun tak jauh cuma 1km saja. Cuba recall balik zaman kanak2 dulu tentang tempat yg pernah meninggalkan kenangan manis. Cuma yg boleh diingati ialah sawah padi dan pekan kecil yg hanya mempunyai sederet kedai papan. Berdekatan dgn kedai tu ialah balai polis, sebelah balai polis ada sedikit kawasan lapang dan sebelah kawasan lapang adalah rumah ku dan sebelah tu pulak adalah balai raya. Dihadapan rumah ku - menyeberangi jln raya adalah sekolah rendah. Walau bagaimana pun akak tak bersekolah di situ sebaliknya di Sekolah dato klana Lenggeng.
Bila samapi kat pekan tu, nampak lain sgt. Dah tak de sawah padi berdekatan pekan tu. Sebaliknya terdapat tambahan kedai2 batu walau kedai papan tu masih ada. Balai polisnya masih ada tapi......rumah ku....dimana kah ia. Waaaa.........sedihnya rumah ku dah tak de sebaliknya diganti dgn pejabat UMNO. Huh......Kami pergi ke depan lagi utk mencari pulak rumah Tok Sarif, eh mana yea? kok kebun getahnya pun dah tak de.
Terpaksa u turn sebab majlis penutup bermula pukul 12.30 sedangkan waktu tu sudah pun pukul 12 tgh. Perjln dari jln besar masuk ke kawasan excell tu terpaksa melalui kebun getah dan perkampungan melayu. Jlnnya yg hanya merupakan jln bertar yg boleh muat sebuah kereta je cukup mencabar sbb sekelilingnya hanya pokok2 getah dan rasa2nya harimau pun ada kot. Tapi nasib baik tak de berselisih dgn kereta lain sampaikan hubby tanya, eh betul ke jln nie. kang silap2 kita berjalan tapi tak sampai2. Tak de insuran sungguh mulut suamiku ini. Ialah kawasannya mmg sunyi hanya dipenuhi dgn pokok2 getah tak mustahil nanti termasuk ke alam lain. apa tah lagi waktu tu tgh hari waktu jin keluar berkeliaran.
Hampir 10 minit drive kami pun nampaklah kebun sayur2an. ah.........at least dah dekat, tak lah sesat. Kebun tu agak luas juga dipenuhi dgn bermacam2 jenis sayur2an yg terlihat ialah sawi putih dan hijau, daun salad dan bbrp lagi jenis sayuran.
Bila sampai situ dah ada bbrp keluarga yg sampai. Hujan renyai2 menyebabkan cuaca nya mmg sejuk dan nyaman sekali. mmg sesuai sekali tempat tu dijadikan tempat beristirehat.
Jam 12.30 kami berkumpul di dewan utk mendengar taklimat. Pihak organizer menceritakan ttg aktiviti anak2 di situ seperti masuk hutan dan mandi air terjun, ada juga aktiviti di kolam renang dsbnya yg biasa dibuat di kem motivasi. Yg menariknya tempat ini adalah, bekalan airnya semua didapati dari air terjun termasuk kolam renangnya sekali.
Tayangan video ttg aktiviti anak2 ini menunjukkan mmg mereka enjoy berada di sini dan kami sebagai ibubapa pun merasakan anak2 kami selamat disini krn kakitangan nya ramai dan keselamatan mmg terjamin. Kawasannya yg berbukit mmg sesuai utk aktiviti2 lasak seperti itu. Dan sebagaimana juga kem yg lain di akhir majlis ada sessi salam bersalaman dgn anak2.
Tanya anak, how do you feel? Enjoy!!! kata mereka..........walaupun bila mula2 nak hantar tu mcm2 excuse yg dibuat sbb tak nak pergi. Lebih kurang jam 2 kami bersurai dan nampak anak2 mmg rasa seronok bukan saja aktivitinya yg menarik malahan mendapat ramai kawan.
Bila balik kami ikut jalan lain iaitujln yg cuma berbatu kerikil mengelilingi bukit dan juga dusun bua2an. mmg menarik sgt tapi menggerunkan tak boleh bayang kalau kebetulan ada kete lain yg lalu pasti salah satu kena undur di jalan yg sempit dan berliku tu.
Oh yea kat situ mereka duduk dalam bangunan 2 tingkat, ada 12 org setiap bilik. Selain dari itu pihak excel juga menyediakan chalet bagi mereka yg hendak menginap di situ dgn bayaran RM80 semalam termasuk 6 kali makan sehari. Cuma kurang periksa samada RM80 tu utk sebilik atau seorng.
Doa akak semoga anak2 pendapat pengajaran dari apa yg mereka pelajari dan alami di sana. Semoga ia dapat membina saksiah diri dan pedoman dimasa akan datang. dalam bulan Mei, excell akan mengadakan kem khusus utk anak2 menghadapi peperiksaan. kalau ada rezki ingat nak hantar mereka sekali lagi.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home