ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Monday, January 08, 2007

!@#$%^&*()


Hari ni ke hospital sekali lagi. Pukul 6.30 dah bertolak sampai pukul 7am. hubby cakap, awak gerakkanlah Dr kat situ bila tanya dia mengapa hantar awal sangat.

Seperiu biasa walau temujanji pukul 9am pukul 10 baru Dr nya datang. tak sampai 5 minit dah keluar prg ambil ubat pula. Tunggu dalam 20 minit baru dapat ubat. Begitulah keadaannya di hospital kerajaan.

Balik kali ni hubby suruh terus ke komplek PKNS ambil buku cek dan tunaikan cek. Kena pergi sendiri naik teksi dari stesen komuter kerana hubby ada hal. Dalam otak dok fikir, teksi dari UH ke LRT Uni, RM3.40, then tambang LRT ke KL Sentral RM1.60, dari KLS ke SA RM2.50 dan dr SA ke KPKNS RM5. Semua RM12.50.

Mahal jugak. Teringat anak pernah cerita dia naik RapidKL dari KLS cuma RM2 shj. hah........nilah masanya nak naik bas. Bila lagikan, lagipun dah lama tak naik bas. So ambil teksi ke LRT Uni, bila masuk highway baru perasan, laa........ngapa bodoh sgt (he..he.. ) kan ke senang ambil bas dari seberang jalan je. tak payah nak buang duit naik teksi cuma buang peluh berjalan ke highway tu. Kan ke dah rugi RM10.50 sbb tambang dari KLS menggunakan RapidKL cuma RM2 sahaja......

Moral of the story:- lain kali suruh je teksi tu berhenti bila teringin nak turun.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home