Bonda Mertua

Seperti biasa walau hari minggu jam 4.00 pagi dah terjaga. Memandangkan hari ni hari Sabtu malas pulak nak bangun. Kalau hari2 biasa waktu ni dah ke dapur siapkan sarapan dan makan tengah hari sebelum ke pejabat tetapi hari nie hanya bermalas2an shj. Setelah mandi bergolek2 kat atas katil sehingga jam loceng berbunyi menandakan waktu utk suami bangun pulak.
Sebelum suami ke bilik air sempat bercerita dengannya tentang mimpi yang dialami. Memang jarang bermimpi di malam hari . Selalunya tidur memang lena tanpa gangguan. Mimpi duduk di rumah orang keluraga tapi bukan rumah yang ada sekarang. Rumah yg dalam mimpi nie banyak pintu. Seperti keadaan sebenar, dalam mimpi tu pun cerita ttg bangun awal pagi. Bila keluar bilik dan check pintu rumah semua tak berkunci. Pintu belakang, pintu depan dan pintu sisi. Tanya ngan mak mengapa semua pintu tak kunci. Ada orang masuk ke? Periksa tgk keadaan rumah teratur dan tiada tanda2 dimasuki orang.
Cakap kat suami, ntah apa2lah mimpi nie. Dalam mimpi tu tak de sesapa melainkan mak dan ayah sahaja. Selepas suami mandi dan bersiap ke masjid masih sempat melelapkan mata dan ntah mcm mana mimpi tu bersambung. Kali nie pulak cakap kat adik ttg pintu yg tak berkunci dan adik sibuk mencari kalau2 fonsel yang diletakkan di luar bilik hilang. Dalam sibuk2 tu terdengar azan. Cakap kat adik eh takkan baru pukul 12 tgh hari dah azan. Lama2 baru perasan yg tu rupanya azan subuh. Aduh tertidur rupanya.
Selepas solat subuh, turun ke bawah utk menyiapkan sarapan dan basuh pakaian. Tunggu suami hingga jam 6.35 masih tak balik. Selalunya hari sabtu dia tak tunggu utk dgr ceramah (Cuma Ahad shj) tapi ntah mengapa kali nie dia tunggu pulak. Mungkin ada penceramah yg bagus. Sedang menyapu sampah telefon berbunyi. Erm, ni mesti call utk Nabil sbb kawan dia saja yg rajin telefon pagi2. Lagipun semalam dia ada cakap pagi nie ada mesyuarat utk fasilitator dimana cikgu melantik dia sebagai salah seorang dari ahlinya.
“Assalammualaikum. Bik, Emi nie” (oh silap rupanya)
“Waalaikumussalam”
“Bik nak beritahu, nenek dah tak de”
“Innalillah. Bila?”
“Pagi tadi. Lepas Subuh, Mizan yg perasan bila dia nak kejutkan nenek, nenek dah tak bergerak”
Bonda mertua(BM) ku pergi mengadap Ilahi tanpa diketahui waktu sebenarnya ketika berusia 83 tahun. Meninggalkan 10 orang anak, 55 org cucu dan berpuluh cicit tanpa sempat mereka mengucapkan selamat tinggal membuatkan semua terperanjat dan sedikit terkilan kerana tidak menjangka dia akan pergi tanpa ada sesiapa disisi. Hidup menjanda lebih dari 22 tahun.
Cerita dari Emi, malam tu lebih kurang jam 1 pagi, BM ada meminta untuk diiringkan badannya. Selepas tu mereka tidur dan tak pasti apa yang berlaku hinggalah Mizan menemuinya sudah tidak bernyawa lagi. Pengidap Parkinson lebih kurang 10 tahun yg lalu. Dikesan ketika dia hendak menunaikan haji apabila kami lihat tangannya kerap kali bergerak tanpa dapat dikawal.
Walau bermacam treatment telah dilakukan masih tidak sembuh. Akhirnya 5 tahun yg lalu dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan 3 tahun yang lalu langsung tidak dapat bergerak melainkan dengan bantuan anak atau cucunya. Untuk mengelakkan belakangnya berkudis, dia diletakkan di kerusi roda. Walaupun begitu ia cuma bertahan beberapa minit sebelum dia minta untuk dibaringkan. Untuk mengiring ke kiri atau ke kanan atau untuk menghalau sesuatu di mukanya juga perlukan bantuan orang.
Tahun2 pertama sakit dia duduk dengan adik ipar. Baru 3 tahun dia bersama dengan kakak ipar. 2 minggu sebelum dia meninggal dia duduk semula dgn adik ipar. Walau bagaimana pun dia asyik meminta untuk dihantar pulang. So minggu lepas adik ipar menghantar dia ke rumah kakaknya. Hari Khamis ketika adik ipar melawat, dia meminta pula utk balik ke rumah adik ipar.(Rumah meeka berdekatan-satu kg) Tapi memandangkan hari Sabtu (Hari dia meninggal) adik ipar akan menghadiri majlis perkahwinan iparnya terpaksalah memujuk maknya dan berjanji akan mengambil maknya apabila balik dari kenduri. Tapi malngnya janji itu hanya tinggal janji yang tak dapat ditunaikan.
Akak tidak rapat dgn BM mungkin kerana kami sama2 pendiam. Jarang berborak apa tah lagi ketika dia jatuh sakit kami langsung tidak berbual. Akak mmg tak pandai berbual apa tah lagi kalau org yg diajak berbual tu pun pendiam. Jadilah kami sebagai orang asing yg setakat bertanya khabar apabila bertemu. Anaknya sendiri mengakui yg ibunya hanya bercakap perkara2 yg penting. Seorang yg lemah lembut dan rajin. Suaranya terlalu perlahan membuatkan kita terpaksa bertanya berulang kali.
Cuba juga utk menjadi peramah tapi mmg dilahirkan sebagai pendiam, mmg payah utk memulakan perbualan melainkan pihak yg lagi satu memulakan.
Jenazahnya dikebumikan dalam pukul 11 lebih (keluar rumah tepat jam 11am) di mana 2 org anaknya tidak dapat bertemu. Seorang berada di Kota Tinggi dan seorang lagi di Sabak Bernam. Yg di KT langsung tidak dapat keluar dari kota tu setelah banjir menyebabkan semua jalan keluar dari situ terputus. Sementara yg di SB hanya sempat sampai ketika talkin sedang dibacakan.
Alfatehah. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home