ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, May 22, 2007

Terkilan


Semalam rasa terkilan sangat. Apa taknya kek yg ku bawa ke ofis telah di bakul sampahkan oleh seseorang. Aku pun tak tahu mengapa, apakah kek tu telah berkulat atau rosak?


Tapi yang pasti kek tu baru ku buat Sabtu yang lalu dan pagi tu telah beberapa keping masuk ke perut ku tak pulak terasa kelainan pada kek tu. Tetap rasa kek yang enak dgn rasa choc cip, pisang dan walnutnya . Aduh puji diri sendiri nampak.


Walau apa pun aku tetap kesal sesangat dan aku rasa tak nak bawa kek ke ofis lagi kalau bawa pun akan ku makan sendiri. Tak ingin ku hidangkan di pantry lagi.


Terkilan dan aku masih lagi terkilan walau kisah ni dah berlalu.........
p/s sedapkan kek yg kat atas tu, tapi itu bukanlah kek yg aku buat, itu aku tempek ntah dari mana ntah. Kek yg ku buat simple je, tak de deco-deco ni. Teringin juga buat kek-kek elit nie........Tunggulah suatu masa nanti yg ntah bila agaknya


1 Comments:

At 6:37 PM , Blogger Loveliana Cakes said...

Kak Mid..
biase tuu..ada org yg jeles ngan kak mid..jadi dengan mencampakkan kek tuu dia nak jatuhkan maruah kak mid..takpe kak Mid.Allah Maha Tau..niat ikhlas kak Mid pasti dapat ganjaran pahala di akhirat kelak dan org yg tak tau menghargai kebaikan kak mid tu, suatu saat pasti akan dapat "karma"nya..sabor je lah kak..lebih baik akak bawak kek tu kerumah ayu..habis kami makan nanti,sambil cakap timakaseh kak..timakaseeeh hahahaha..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home