ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Monday, May 07, 2007

Hari hari yang berlalu

Berbagai peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini. Bermula dgn pulangnya kerahmatullah ibu mertua, diikuti dengan ayah saudara. Kemudian ayah pula diserang sakit jantung hingga menyebabkan dia terpaksa menjalani angioplasthy. Hari Khamis yg lalu pula aku kehilangan 2 orang kenalan dalam satu kemalangan jalan raya.

Terasa seperti baru saja aku bertemu mereka berdua Ketika itu kami mengadakan solat hajat di masjid KLCC. Itu merupakan pertemuan pertama kali dgn mereka dan beberapa orang lagi ahli Rnet. Teringat lagi gelagat Abg Joe yg peramah dgn rambut kerintingnya mengingatkan aku kpd P bekas teman baik ku.

Walau aku ini pemalu dan susah utk menegur org tapi disebabkan janji Abg Joe ingin mengenalkan aku dgn Nasyha (seorang penulis novel) terpaksa ku tebalkan muka bertanya kpdnya. Masa itulah aku juga diperkenalkna dgn Susan. Selepas dr itu bbrp kali juga kami berhubung melalui email hinggalah di pagi Khamis yg lalu aku dikejutkan dgn berita pemergian mereka berdua.

Inna lillahi wa-inna ilaihi rajiun, dari ALLAH kami datang kepada ALLAH kami kembali. Semuga roh mereka ditempatkan bersama golongan orang yg beriman.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home