ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Wednesday, May 09, 2007

PESTA BUKU

Pesta Buku

Seperti tahun-tahun sebelumnya aku tidak pernah ketinggalan menghadirkan diri ke pameran buku antarabangsa tahun ini. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya pameran ini diadakan di PWTC, mudah bagi ku utk pergi.

Memandangkan 1/5 tu hubby balik kampong, terpaksalah aku pergi dgn Suha menaiki tren komuter. Suha asyik membebel sahaja sebab terpaksa jalan kaki dari rumah ke stesen komuter sedangkan bagi aku rasanya taklah jauh sgt.

Untuk mengelakkan orang ramai, pagi2 lagi kami dah bertolak dari rumah. Sampai di stesen lebih kurang pukul 8.45am dan kami terpaksa mengambil tren pukul 9 am sbb tren 8.45 baru saje berlepas. Sampai di stesen Putra lagi sekali Suha mengajak naik teksi, penat katanya berjalan. Suha, suha bukannya jauh pun…….

Kami sampai di PWTC lebih kurang pukul 9.50 am ada masa lagi 10 minit sebelum pameran tu dibuka kepada orang ramai. Tak sangka rupanya dah ramai yang beratur depan pintu, masing2 nak masuk dahulu.

Tepat pukul 10 pintu dibuka dan berpusu-pusulah orang ramai memasuki tempat tu macam kambing terlepas kandang termasuklah aku.. Kebanyakan mereka masuk ke kanan tapi aku terus ke kiri, jadi taklah ramai sangat orang dan ada booth tu hanya aku dan anak aku sahaja pengunjungnya.

Memandangkan bajet yg kurang tahun ni, aku dah menetapkan bahawa aku akan hanya membeli buku di Alaf dan Creative sahaja disamping buku rujukan untuk Suha. Oleh sebab tu kami tak singgah pun di booth yang lain.

Buku pertama yang ku beli adalah Panel Code terbitan Law Publisher…. Buku nie dipesan oleh Nasihah, tak tahulah bila dia nak guna sebab dia tak balik rumah sehingga selepas exam nanti.

Tempat ke dua yang dituju ialah kat Creative. Sampai kat Creative hanya kami sahaja pelanggannya, orang masih tak ramai. Tak tahu buku apa yg nak dibeli akhirnya aku beli buku Derita Cinta oleh Anis Zainol. (atas recommendation pekerja kat situ) dan buku terbaharu John Norafizan yang memang aku tunggu2.

Memandangkan waktu masih awal maka aku tak berkesempatan nak bertemu dengan mana- mana penulis, sedangkan tahun sebelum ni dapatlah aku bertemu mereka. Yang paling nak aku jumpa ialah JN sebab aku kenal dia dari grup RJ lagi bila dia tulis cerpen bertajuk dari Mersing ke Manchester yg kemudian ditukar judulnya apabila ia diterbitkan sebagai novel. Aku juga terlupa utk bertanya nasyha bila dia ada kat situ, kalau tidak pasti aku dapat berjumpa dengannya.

Buku JN aku baru baca beberapa muka, tapi aku tukar pulak ke buku Derita Cinta. Jalan ceritanya(DC) okaylah (ialah biasalah novel2 cinta niekan) tapi bahasa serta persembahannya kurang menarik. Oleh itu aku baca secara skip dan masih ada lagi suku buku utk dihabiskan.

Kemudian aku singgah ke PTS membeli buku cerita utk Suha dgn tajuk Yayahnya (Yayah 2 dan 3) dan sebuah buku lain.. Siap dapat sign autograph oleh penulisnya merangkap cashier masa tu.

Kemudian kami singgah pula ke Sasbidi mencari buku-buku rujukan PMR, adalah dalam 3-4 buah buku yang dibeli. Disamping tu terperasan pulak ada buku terjemahan best seller, menyebabkan aku membeli sebanyak 3 buah walau sebelum nie tiada perancangan untuk membelinya.

Aku mencari-cari booth Alaf tapi tak berjumpa. Setelah turun naik atas bawah akhirnya kami keluar dan bertanya di tempat bertanya. Barulah kami tahu yang Alaf mempunyai tempatnya sendiri di tingkat bawah.

Kami pun bergegaske sana dan kami dapati agak ramai juga orang. Terlalu banyak buku Alaf yang masih belum ku beli sedangkan duit ku tinggal beberapa puluh RM sahaja. Aduh rambang mata dibuatnya. Akhirnya aku mengambil novel terbaharu sebanyak 3 buah dijual secara set berharga RM47 shj sedangkan kalau beli satu2 harganya berjumlah RM60.

Aku berminat beli novel nie sebab terdapat novel terbaharu dari penulis kegemaran ku Anis Ayuni dan Damya …… Disamping itu aku juga membeli buku sambungan Puteri …..oleh Ramlee Awang Mursyid dan satu buku lagi dari penulis baru (tak ingat nama tapi direcomend oleh penjual kat situ)

Aku dah baca novel anis dan seperti biasa bukunya memang menarik dengan ayat2nya yang power. Buku dari penulis baru tu aku baca separuh je, sebab aku tak suka jalan ceritanya walau buku tu telah diulang cetak 2 kali untuk tahun ni sahaja.

Dah habis bayar tu aku singgah di koner novelis untuk dapatkan tanda tangan penulisnya. Aku tgk di situ ada Anis, Nor……..dan beberapa orang lagi penulis yang aku tak ingat namanya. Lupa pulak nak bawa kemera kalau tidak pasti aku dapat bergambar dengan mereka.

Yang seronoknya bila anis bertanya, tahun lepas pun ada datang kan. Wah….ingat dia pada ku. Ialah aku nie kan peminat setia dia, semua buku2nya tak pernah aku miss membelinya. Dah habis dapatkan tandatangan aku meronda lagi kat alaf kali nie cari majalah pulak, tapi disebabkan kaunter bayaran terlampau ramai orang aku tak jadi nak beli.

At last pukul 12 lebih keluar dari situ dah tak sanggup dah, ialah bujet pun dah habis. Inilah kali pertama pukul 12 dah keluar selalunya hamper pukul 2 baru balik. Lapar sgt so singgah kat mcd beli makanan. Sampai rumah pukul 2.30 lepas solat terus tidur. Hubby tak balik lagi. Mmg penat tapi berbaloilah dapat buku murah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home