Suka dan Duka di Bandung Final
28/5/2007 (Isnin)
Seperti biasa pagi lagi aku dah bangun. Kali ni aku terpaksa berhati2 kat dlm bilik tu sbb aku dah ada teman baru dan tak mahu mengganggu dia yg lena tidur. Z menumpang bilik ku, ialah jimat sikit. Anyway aku tak ambil sharenya kira aku belanjalah bilik tu.
Pagi ni breakfast tak de pilihan, cuma nasi goreng saja. Musykil jugak aku, apa mmg benar mereka yg masak atau oder kat gerai tepi jalan je. Tapi Z yg mmg biasa kat situ kata mmg diorang yg masak. Satu yg berbeza kat sini, pekerja hotelnya semua lelaki tak jumpa yg perempuan. Bagus yea perempuannya duduk di rumah saja takdelah pengangguran (atau perempuannya semua dah berhijrah ke M'sia?)
Hari ini Z cadangkan kami berjalan kaki ke Jln Sukajadi yg terdapat banyak kedai2 factory outlet. Pukul 8am masing2 dah bersiap2 utk bertolak tapi lepas tu terpaksa batalkan sbb pekerja hotel tu kata kedai2 kebanyakkannya bukak jam 9.00am or 10.00am. Terpaksalah kami bersantai2 di lobby hotel.
Hampir jam 9.00am kami pun memulakan perjalanan. Sepanjang jalan tu hon2 Angkutan Kota bingit berbunyi ingin mengambil kami sebagai penumpang. Harganya tak mahal cuma Rp1k shj tapi kami lebih berminat utk berjalan kaki.
Akhirnya kami sampai di sebuah kedai yg tertulis, 'everyday sale'. Teruja dgn tulisan dan kedainya yg nampak menarik kami pun melintas jalan utk ke situ. Malangnya kedai tu hanya akan dibuka dalam masa 15 minit lagi. Jadi kamipun duduk2 santai di atas kerusi2 yg disediakan di situ . Satunya yg menarik di sini, kedai2 menyediakan tempat duduk di hadapan/luar kedai mereka. Senanglah kita nak menghilangkan penat lelah setelah lama berjalan.
Sempat bersembang dgn salah seorg sale girl di situ. Beliau menceritakan gajinya cuma Rp600k sebulan lebih kurang RM240. Erm patutlah ramai yg berhijrah ke M'sia. Walau apapun kos sara hidup di situ juga rendah, bayangkan sewa rumah hanya Rp2 juta setahun (mereka sewa main tahun dan bukan bulan mcm kat sini) lebih kurang RM800. Kita RM800 tu utk sebulan.
Kami berada di Jln Sukajadi tu sehingga jam 12 tgh hari, melihat dari satu kedai ke satu kedai. Kemudian kami bercadang utk ke pasar baru semula, mencari barang2 yg masih belum ditemui. Sebelum tu singgah di restoran Pak Mai(tak ingatlah nama sebenar) sebuah Restoran kepunyaan warga S'pura.
Suasana restorannya agak santai dan menarik. Makanannya juga enak. Aku dapati mmg ramai org M'sia yg dtg berkunjung ke restoran tersebut.
Selepas makan kami ke PB semula dan kami berada di sana sehingga kedai ditutup jam 5.00pm. Rasanya masih ada banyak benda yg tak sempat ditengok.
Utk makan malam kami singgah di Pak Mai semula sebelum ke Cihampelas. Ini kira last kopek punya shopping nak mengabiskan rupiah yg tinggal sbb esok pukul 8 kami dah terpaksa berangkat ke airport.
Sampai bilik lebih kurang jam 10 malam. walau dah malam kami tak terus tidor sebaliknya berkumpul di bilik Elly sambil bercerita kisah2 yg berlaku siang tadi. Mcm biasa Elly yg pandai bercerita membuatkan kami tak kering gusi hinggalah kami menerima panggilan tel dari recep. mengatakan jiran sebelah komplen sbb bising sgt.
Akhirnya kami masuk bilik dan pack barang2 utk balik esok. Semasa dtg cuma bawa 2 beg yg ringan, bila balik bawa 2 beg yg berat beserta sebuah kotak yg agak besar (tapi rengan sebenarnya sbb ia cuma berisi loyang) dan 2 beg plastik sebagai hand luggage. Hai beranak pulaklah beg ku di Bandung nie.
Esok pagi2 jam 7 kami dah keluar utk ke Kartika sari mencari kek, brownies utk di bawa pulang. Byk jugak yg aku beli utk dibawa ke ofis. Sampai airport jam 8 dan terus check-in. Kebetulan kakitangan airport menawarkan breakfast buffet kpd kami dgn bayaran Rp35k shj dan kanak2 percuma. Kami tak lepaskan peluang sbb kira murah betul makanan tu.
Nasi goreng, roti dan beberapa jenis kuih adalah menu yg disediakan. Kenyang jugaklah kami.
Kapal terbang bertolak jam 9 am dan kami selamat mendarat jam 12.10 tgh hari di LCCT KLIA. Suami dah menunggu dan kami pun berpisah di situ dgn satu rancangan utk ke sana lagi, Insyaallah tahun hadapan. Eh tak kan ke Bandung saja, aku teringin pulak ke Medan atau Semarang, Solo or Bali..........
Moga Allah murahkan rezki ku supaya kali nie aku boleh bawa semua sekali bercuti. Amin.
Utk cerita lanjut serta foto2 yg menarik sila layari http://norezy.fotopages.com/
FP adikku yatie.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home