Cabaran Wanita Alaf 21
Dah lama juga aku tak mengikuti ceramah mengenai wanita, selalunya ceramah or seminar berbentuk ilmiah yg berkaitan dgn kerja. So seronok jugak sesekali mengikuti ceramah yg macam ni apa tah lagi aku berpeluang bertemu empat mata (walaupun yg sebenarnya aku aje yg dok pandang mereka, mereka ntah perasan ntah tdk kat aku). Tapi yg pasti aku mmg suka duduk kat kerusi paling hadapan sekali dan kadang2 tu sampai dihalau sbb tak perasan yg kerusi kat depan tu sebenarnya utk VIP.
Walau seminar tu mula pukul 8.30am, aku dah sampai kat Hotel Uitm tu jam 7.15am lagi dimana AJKnya pun belum sampai lagi,. Ni gara2 suami ku nak balik kampung jam 7.00am dan tak ada sesiapa nak hantar aku ke sini. Sempat jugaklah berkenalan dgn beberapa org ahli JIM Petaling. Teringin nak jadi ahli, dah ambil borang pun cuma bila tang nak isi borang tu malas sikit. Lebih2 lagi bila mintak gambar, aku ni dahlah tak de gambar passport, gambar kat taman bunga adalah, kot2lah diorang boleh terima gambar tu.
Kali ini hasil dari lobian aku kat pejabat,Kelab Sukan telah bermurah hati utk menghantar 10 org peserta. Dok pandang kira dok pandang kanan manalah teman2 aku nie. Tak sampai lagi ke! Bila jam dah pukul 8.00am aku pun mendaftarkan diri. Dapatlah doorgift dari Karangkraf, majalah NUR, Mingguan Wanita dan …..(tak ingat) yg terlebih print. Kira edisi yg lepas2 le. Tapi okaylah sbb dah beberapa tahun jugak aku tak beli majalah2 nie sbb tak ada masa nak baca. Lagipun berita yg keluar lebih kurang sama je diulang2 setiap 2,3 tahun sekali.
Penceramah yg diundang adalah penceramah2 yg biasa keluar kat media massa terutama tv dan akhbar. Penceramah pertama, Prof Madya Dr Harlina yg biasa keluar kat tv, merupakan Ketua Wanita JIM M’sia. Selalu keluar kat tv, kali ni nampak betul2 depan mata, dgn suaranya yg rock. Kesian dia, sbb dah terlebih cakap sampai suara pun dah bagi warning.
Selain dr tu Pn Hajjah Rohani yg menulis buku 'ada wang hati senang' (eh betul ke tajuk tu)bercerita ttg kewangan, bagaimana cara nak pastikan wang sentiasa cukup. Cuma bila aku cite kat suami ttg penceramah ni, hubby dok tanya mengapa tak tanya kat Pn Hajjah tu apa dah jadi pada ASNITA. he..he...aku senyum je, ialah saham yg ku beli .50 dah turun mendadak semasa Pn Hajah tu jadi CEO kat situ. Bila Avenue ambil alih barulah saham tu naik semula.
Pn Azlin Hedri salah seorg pakar motivasi juga beri ceramah ttg remaja masa kini. Seronok dgr dia bercerita ttg kisah benar anak2 remaja zaman ini.
Mmg menariklah isi2 yg dibincangkan hingga tak perasan acaranya telah pun tamat. Terasa sekejap sgt apatah lagi acara selingannya disertakan dgn hiburan dr kumpulan wayferers dan juga pertunjukan busana Islam dr butik Amboi....

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home