Ayat-Ayat Cinta - Habiburrahman El hirazy
Ayat-Ayat Cinta – Habiburrahman El hirazy
Pertama kali ternampak buku nie ketika di Pesta Buku antarabangsa di PWTC bulan Mei yg lalu. Ketika itu aku sedang menanti anakku yg sedang mencari buku bila aku perasankan buku tersebut. Terpandangkan kepada cover novel tersebut yg tercatit sebagai best seller menjadikan aku berminat utk membelinya. Apa tah lagi novel tu dijual di gerai penerbitan buku2 Islam pasti novel ni lain dari yg lain.
Walau bagaimanapun disebabkan sibuk dgn novel2 yg lain aku terus ‘terlupa’ dgn novel nie sehinggalah aku terbaca ia diperbincangkan di dalam grup. Grup PIBG sekolah Islam pulak tu, jadi pastilah novel ini memang sesuai sekali utk dibaca dibandingkan dgn novel2 yg lain.
Jadi tanpa berlengah aku pun menyelongkar kesemua buku2 ku utk mencari novel ni yg entah terselit kat mana. Setelah bertanya kepada anak2 ku akhirnya aku jumpa novel tu terselit diantara buku2 sekolah mereka.
Tanpa berlengah aku terus menatap dan membuka novel tersebut. Barulah aku persasan bahawa novel ini mmg menjadi best seller di Indonesia telah dicetak sebanyak 12 kali dan novel yg aku beli tu merupakan cetakan pertama utk edisi Bahasa Melayu.
Baiklah aku terangkan serba sedikit ttg novel ini. Penulis muda berusia 31 tahun ini merupakan graduan dari Al Azhar dan berasal dari Indonesia. Novel ini (Edisi Bahasa Melayu) dijual dgn harga RM22.00 dan diterbitkan oleh hidayah publisher.
Novel ini menceritakan ttg kehidupan seorang pelajar Indonesia di Mesir bernama Fahri. Fahri mempunyai perancangan hidup bukan setakat seminggu atau sebulan malahan sepuluh tahun akan dtg. Dia telah merancang dgn rapi apa yg akan dibuatnya dalam waktu tersebut.
Datang dari keluarga yg agak susah dimana bapanya terpaksa menjualkan tanah sawahnya semata-mata utk menghantar Fahri belajar menjadikan dia tabah dan pandai mencari wang perbelanjaan sendiri dgn penjadi penterjemah disamping mengajar agama dan sebagainya. Diwaktu yg sama dia tidak lupa utk mendalami pembacaan Al-Qurannya dgn seorg imam yg sgt terkenal.
Novel ini byk memberi pengajaran dgn ayat2 Al-Quran dan juga hadis2 dan byk memberi ilmu yg amat bagus utk kita.
Konflik berlaku bila Fahri diminati oleh 4 org gadis sekali gus, seorg wanita Muslimah Jerman/Palestin, muslimah Indonesia, koptik Kristian Mesir dan seorg gadis Mesir. Berbagai2 perkara yg timbul disebabkan konflik ini dan cara dia menangani masalah ini sungguh menarik.
Novel ini juga menceritakan batas-batas pergaulan antara bukan mahram dan juga pergaulan suami isteri mengikut sunnah nabi.
Sgt sesuai dibaca oleh remaja dan mereka yg bercadang utk bernikah krn byk pengajaran yg boleh diikuti melalui novel ini dimana novel ini bukan merupakan novel cinta murahan tapi cinta kerana ALLAH.
Aku berikan 5 bintang dan wajib baca bagi novel ini dan alangkan bagusnya sekiranya ada novelis M'sia yg boleh menghasilkan novel yg sebegitu baik ini.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home