Beauty Lies On The Eyes of The Beholder - so does book
Apabila aku memperkatakan tentang sesuatu buku, ia adalah apa yg aku rasakan ketika membacanya. Seperti juga kecantikan dimana mungkin ada berkata si A tu cantik si B tu handsome, sementara bagi aku pula cantik lagi si C dan kacak lagi si D, begitu juga dengan buku/novel.
Seringkali aku rasakan sesuatu buku/novel tu menarik tapi tidak bagi sesetengah yg lain. Begitu juga ada buku/novel yg aku rasa teruk sgt tapi yg lain pula kata sangat menarik. Sebagai contoh aku membeli sebuah novel yg telah dua kali diulang cetak, menunjukkan novel itu memang menarik tapi setelah aku baca, aku hanya bagi 3 bintang saja sbb aku tak suka jln ceritanya.
Aku tak suka cerita cinta yg melarat2 mcm cerita Hindustan, ada adegan pegang2 dan yg sewaktu dgnnya. Aku juga tak suka kisah 'terlanjur' walau selepas tu dia insaf sbb bagi aku tiada istilah 'terlanjur' lepas tu insaf dlm kehidupan Muslim.
Aku juga tak gemar kisah yg biasa2, dimana kisah cinta yg tak mendapat restu keluarga. Aku lebih berminat kpd kisah kekeluargaan atau pun misteri. Aku juga tidak berminat dgn kisah cinta monyet yg tak keruan.
Oleh itu apa2 rating yg aku bagi adalah berdasarkan kpd minat ku sendiri terhadap isi kandungan novel/buku tersebut.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home