Chit-chat

Semalam seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi majlis anugerah perkhidmatan cemerlang diadakan di pejabatku.. Kali ni selain dari APC, juga diadakan majlis perpisahan bagi 3 org pesara yg telah bersara tidak lama dulu. Seramai 11 org kakitangan telah di senaraikan sebagai penerima augerah ini, dan seperti tahun sebelumnya perasaan tidak puas hati kedengaran di sana sini.
Mengapa tidak, kerana beberapa orang penerima anugerah ini baru saja berkhidmat 1 hingga 2 tahun. Memang tidak adil jika hendak menilai kerja mereka dalam masa yang singkat in. Ramai lagi kakitangan yang lain yg telah lama berkhidmat ada yg thampir 20 tahun dan memberikan dedikasi yg tidak terhingga tapi masih tidak berpeluang menerimanya hanya kerana mereka tidak ‘dilihat’ oleh pihak atasan. Mereka hanya bekerja untuk pegawai di atas mereka tiada langsung hubungan dgn panel pemilihan.
Yang sebenarnya keadilan memang tidak pernah wujud walau di mana. Adil hanya kepada mereka yang menerima imbuhan sedang mereka yg tidak menerimanya menganggap segala yg berlaku itu tidak adil. Tanya saja kepada semua mereka yg mendapat imbuhan samada mereka merasakan itu adil atau tidak, pasti tiada yg akan mengaku bahawa ia tidak adil, mereka tidak layak menerimanya dan menyerahkan semula apa2 imbuhan yg telah diterima.
Bagi aku pula segala imbuhan/rezki yg diterima adalah dari ALLAH. Walau macam mana bagus pun kerja kita tapi ALLAH kata bukan rezki kita maka kita tak akan mendapat ganjaran atau imbuhannya. Hatta gaji yg kita dapat sekalipun kalau bukan rezki kita pasti saja ada perkara yang berlaku yang menyebabkan duit yg diterima terpaksa dikeluarkan kpd orang2 yg tak sepatutnya utk perkara2 yg tak bermenafaat spt kereta rosak, ahli keluarga sakit, rumah bocor dan sebagainya.
Oleh itu bagi meeka yg merasa kecil hati, kecewa dan sebagainya, anggaplah kali ini bukan rezki kita (termasuklah jugak aku), Insyaallah mungkin rezki kita tahun hadapan atau ditempat lain. Setidak2 nya sekiranya kita tidak menerima imbuhan ini, kita masih bersyukur kerana diberi kesihatan yang naik, kereta yg boleh berjalan, anak yg sihat dan rumahtangga yang bahagia (termasuklah atap yg tak bocor………siksa o kalu atap rumah bocor bila tiba musim hujan)

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home