Pudarnya Pesona Cleopatra - Habiburrahman El hirazy
Novel ini ditulis oleh Habiburrahman El hirazy sebelum Ayat-ayat Cinta. Walau bagaimanapun ia diterbitkan selepas AAC.
PPC yang mempunyai 100++ ms ini mengandungi 2 buah mini novel ataupun mungkin boleh dikategorikan sebagai cerpen.
Cerpen pertamanya menceritakan ttg seorang anak muda yg baru balik dr Mesir menginginkan seorang gadis Mesir sebagai teman hidup beliau. Terpengaruh dgn kecantikan gadis2 Mesir semasa menuntut di sana menjadikan dia terlalu obsess sehinggakan bermimpi bertemu dgn Cleopatra yg mempunyai anak saudara yg kebetulan dlm mimpinya itu seorang artis Mesir yg sungguh menawan dan popular.
Walau sudah diijabkabulkan dgn seorang gadis Indonesia yg solehah, beliau masih tidak dapat melupakan kecantikan2 gadis Mesir yg sungguh menawan sehinggalah beliau bertemu dgn seorang lelaki Indonesia yg kebetulan berkahwin dgn wanita Mesir. Lelaki ini telah menceritakan pengalaman ttg perkahwinannya yg membuat dia rasa alangkah baiknya mengawini seorang gadis Indonesia yg sama cara hidupnya.
Kisah kedua pula menceritakan ttg seorg gadis yg akan dinobatkan sebagai seorang doctor menjadi begitu sedih kerana ayahnya telah meminta beliau berkahwin dgn anak ketua kampung. Ayahnya yg merasa terhutang budi dgn ketua kampong itu terpaksa bersetuju untuk mengawinkan anaknya apabila KK itu tdk pernah meminta beliau menjelaskan hutangnya sebanyak 80 juta rupiah (<>RM32k)
Memandangkan anak KK itu pernah cuba menodainya ketika beliau remaja dan juga telah menyebabkan rakan sekolahnya menjadi pelacur kerana AKK itu enggan beranggungjawab apabila gadis itu dihamilkan menyebabkan beliau enggan menerima AKK itu sebagai calon suaminya.
Gadis ini telah meminta jasa baik abang angkatnya bagi menyelesaikan masalah ini memandangkan beliau tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka jika membantah ‘cadsngan’ bapanya yg begitu mengharapkan agar beliau dapat menerima pinangan AKK tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut kisah tersebut bolehlah membaca novel ini yg cuma berharga RM11.00 utk edisi Bahasa Melayu. Klu edisi Indonesia tu mungkin lebih murah cuma mungkin nak faham tu susahlah sikit.
Aku bagi **** kpd novel ini

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home