Posing-posing Syawal.

Banyak yg nak dicertakan tp masa tak mengizinkan.
6 Syawal 1428 – Khamis (18 Oktober 2007)
Sepatutnya aku telah pun memulakan tugas ku di pejabat. Tetapi disebabkan impian mak yg ingin melihat anak2 bergambar di hari raya menyebabkan aku menyambung cuti raya ku.
Yg tak seronoknya kampong dekat ni bila kita boleh berulang alik ke rumah dan tak dpt menghabiskan cuti di kampong. Begitulah yg terjadi pada ku bila pada hari Selasa balik ke SA dan Rabu tu balik semula ke Kaj.
Pagi Khamis tu kami beramai2 bersarapan raya di rumah Yus (adik ke 4) kat BTHO, Cheras. Lepas makan terkocoh2 balik ke rumah mak sebab sessi bergambar jam 10.30 pagi sedangkan kami belum masak apa2 utk lunch.
Bila photographer dtg dlm pukul 10.45 masih ada yg belum siap lagi. Geli2 hati melihatkan yg hubby serta anak2 lelaki ku terpaksa memakai sampin, ialah selama nie raya tak pernah bersampin. Suami dgn kain pelikat sementara anak2 dgn seluar slack. Ingatkan keluarga ku sorang je yg tak de sampin rupa2nya adik2 ku pun sama. Nasib baik mak ada byk koleksi sampin so kami pun pinjam mak punya.
Photographer masih sibuk menyediakan kamera dan backdrop, ahli keluarga sibuk pulak berposing nak bergambar, sampaikan terlanggar lighting dia. Nasib baiklah photographernya cool je walau baru kenal. Agaknya dlm hatinya mesti kata, tak pernah bergambar agaknya budak2 nie.
Hampir ½ jam jugak menunggu sebelum sessi pertama bermula, itupun masih kepoh2 sbb tak tahu gambar apa yg perlu diambil dulu. Memandangkan adik lelaki bongsu ada kerja tgh hari tu, jadi kami ambil gambar adik beradik dulu dan gambar ramai2 sebelum gambar2 yg lain.
Penat jugak yea sessi photography ni, itu blm lagi posing maut mcm artist2 tu. Baru setakat diri lurus2 mcm askar, bukak mulut sebut cis dah rasa mcm kebas semacam. Sessi tu mengambil masa 1 jam lebihlah jugak, dgn berbagai2 jenis gambar, anak2, kesen2, lelaki2, prpm2, keluarga dsbnya sebab fotografer tu balik dlm pukul 2 selepas merasa nasi berani kami yg sempoi dan tak cukup bahan…..

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home