ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Monday, January 07, 2008

Salam Tahun Baru

Tanpa perasan rupanya dah seminggu aku masuk ke tahun 2008. Kerja yg menimbun diakhir tahun membuatkan aku tidak berkesempatan utk menjenguk mail2 ku yg beribu2 lemon tu, apa tah lagi utk mengupdatekan blog ini.

Sibuk juga membaca buku2 membuatkan aku lebih terasa santai membaca sambil berbaring berbanding dgn mengadap laptop ni. Aku mmg tak suka guna laptop tp itulah suami tersayang dah ambil pc letak kat ofisnya jadi terpaksalah kami guna laptop.

Hari ni pulak aku terpaksa ambil cuti kecemasan sebab batuk yg mengganggu sejak Sabtu. Tapi bila dah duduk rumah, pening jugak asyik memerap dlm bilik saja. Walau kepala rasa sakit dan kepala ku berdenyut2, aku cuba juga utk menulis sepatah dua ayat.

Banyak yg nak aku ceritakan sepanjang tahun 2007 tp nampaknya aku terpaksa pendamkan saja, ialah masa tak mengizinkan. Ini pun rasanya aku terpaksa berhenti sebab mata ku dah sakit. Mungkin juga akibat ubat yg ku makan atau mataku dah tak tahan tgk laptop ni lama2.

Cuma aku harap tahun 2008 lebih menceriakan hidup kami sekeluarga dan segala masalah2 yg timbul dpt di atasi dgn sabar dan berjaya.

Buat rakan2 aku berdoa semoga hidup kalian bahagia disamping keluarga tersayang dan sentiasa dirahmati ALLAH selamanya.

Selamat menyambut MAAL HIJRAH.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home