ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Thursday, November 29, 2007

Zahrah de Tigris oleh Khairyn Othman


Harga: RM20.00 senaskhah

Muka surat : 501



Sinopsis dipetik dari laman Jemari Seni


Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…


Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.


Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.


Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.


Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat.


Coretan ku:-

Telah lama jugak aku terpandangkan buku ini di rak buku di kedai. Telah beberapa kali aku mengambilnya dan meletaknya semula, hinggalah minggu lepas tiba2 aku teruju untuk memilikinya.

Membaca novel ini membuatkan aku tersenyum membaca coretan2 dgn gaya yang mencuit hati dan menitiskan air mata membaca kisah penderitaan dan kesengsaraan rakyat Iraq. Walau pun tercatit di muka hadapan yang mengatakan bahawa ia hanya khayalan sahaja tetapi membacanya kita merasakan ia bukannya khayalan tapi pengalaman penulis sendiri.

Seakan tidak sabar untuk mengetahui kesudahan cerita ini samada sanggupkah Nisa menunggu lebih lama di bumi Iraq yang bergolak atau kembali semula kepangkuan keluarga. Untuk mengetahui kesudahannya, bacalah sendiri sebab aku sendiripun belum habis membacanya. He..he..he... Baru 2 hari aku pegang buku ni dan rasanya hari ni boleh habis kot.

Tak rugi rasanya membeli dan membaca novel ini dan aku bagi **** kpd novel ni.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home