Preview : Travelog Haj - Mengubah Sempadan Iman
Buku THMSI karangan Muhd Kamil Ibrahim terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Aku terlihat buku ini ketika singgah di SACC semasa cuti 1 Januari 2008. Menunggu anak yg membeli pensil case, aku merayau2 di lobi mall dimana ketika itu MPH sedang mengadakan jualan.
Melihat tajuk buku tu menyebabkan hati ku meronta2 utk memilikinya, tak tahu mengapa. Aku mengira2 harganya RM26 utk 245ms (aku hairan mengapa buku2 begitu agak mahal harganya sedangkan novel2 harganya murah belaka) setelah tolak discount, erm rasa2nya boleh beli.
Alhamdulillah tahun ini hanya seorang anak yg masih bersekolah jadi taklah perlu pakai duit yg banyak utk membeli pakaian serta peralatan sekolah.
Terus aku capai buku tersebut tanpa memikir dua tiga kali sbb aku tahu kalau aku fikir2 mesti tak jadi beli. Aku baca ms belakang dan baru ku tahu yg Dr. Muhd Kamil ni seorg Professor Perakaunan di Uitm SA. hah mesti dia kenal sahabat2 ku Dr Nafsiah, Hanim (yg mungkin telah bergelar Dr) Roziah, Laili dan bbrp orang lagi.
Membaca buku ini menjadikan aku terkilan sbb buku ini tidak dikeluarkan 15 tahun yang lalu. Alangkah bagusnya ia diterbitkan waktu itu pasti aku tidak terkapai2 mencari arah tujuan semasa mengerjakan haji pada tahun 1994 yg lalu.
Seperti yang tercatit dalam kata pengantar oleh Professor Dr Abu Bakar Majeed,
"Dr MK berjaya melakukan perkara yg jarang2 dpt dilakukan oleh mereka yg bergelar haji. Beliau secara penuh perasaan berjaya merakamkan detik-detik bersejarah sebelum, semasa dan selepas menunaikan Rukun Islam kelima dalam sebuah buku yang menarik."
" Karya ikhlas MK ini memberi banyak iktibar kepada khalayak pembaca tentang pelbagai kemungkinan yang mungkin ditempuhi ketika menunaikan fardu haji............."
"Penulis juga mengutarakan pelbagai idea bernas yang sama sekali bukan ortodoks yang sepatutnya dapat dijadikan asas bagi mengubah pemikiran dan kaedah lama umat Islam dalam amalan haji........."
Sementara petikan dari tulisan Dr. MK sendiri,
"Buku ini mengisahkan tentang pengalaman, pandangan dan catatan berkaitan dengan ibadat haji yang telah dilalui oleh seorang insan. Namun ia dapat memberi manfaat pada semua orang. Ia boleh dilabelkan sebagai sebuah buku motivasi dakwah. Benar, ia terhasil daripada pengalaman. Ia catatan seorang manusia yang tidak berilmu tetap diberi ilham olehnya. Namun proses pencarian ini menghasilkan pelbagai pelajaran dan pengajaran yang turut disertai oleh ramai insan"
Aku memang rasa tidak rugi membeli buku ini, banyak pengajaran boleh didapati juga doa-doa yang disertakan membantu kita untuk berdoa sekiranya kita masih lagi tidak pasti apa yang perlu didoakan.
Belilah tak rugi rasanya. Aku bagi **** kpd buku ini.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home