ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Friday, January 11, 2008

Maal Hijrah 1429

Semalam bersamaan dgn 10 Jan 2008 (Khamis) umat Islam seluruh dunia menyambut Maal Hijrah 1429. Setahun lagi umur meningkat. Cuti tak buat apa kat rumah. Suami dan anak2 pula sibuk mengecat rumah jadi mmg tak boleh nak kemas.

Dlm keadaan yg berselerak tu aku terjumpa diari2 lama ku semasa belum berkahwin. Aku ambil satu lalu membacanya sambil tersenyum2 mengingatkan kisah2 lama yg lucu. Anak2 dan suami mula perli2. Aku buat derk je.

Lepas Isyak aku terus masuk bilik, malas nak tgk tv (mcm biasa) sambil2 tu aku terdengar anak2 dan suami bercerita pasal isi kandungan diari ku sambil ketawa2. Dlm bilik aku menjerit, wei.berdosa tau baca diari orang lepas tu ngumpat lagi.

Malas nak dgr celoteh diorang aku terus tidur. Pagi ni suami perli lagi sbb anak baca satu kisah aku di Ipoh ingin berjumpa seseorang. Haa......date dgn boyfriend kat Ipoh yea...........laa, aku sendiri lupa. Sape yea???? Yg aku tahu kalau kat Kota Singa tu adalah.he..he...

Sampai skrg aku masih tak ingat sapa. Balik nanti nak ku sorokkan semua diari ku itu. Tak boleh jadi habis semua dibaca dik anak2 ku, ialah diari masa remaja ntah apa2 yg aku tulis.

Selamat maal hijrah semuga tahun2 yg mendatang ini lebih membahagiakan aku sekeluarga dan semuga ALLAH murahkan rezki dan dirahmati sentiasa.

p/s aku heran di tahun baru aku menerima bbrp sms dan email ucapan selamat menyambut tahun baru tapi maal hijrah ni tak de lah pulak aku terima apa2 ucapan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home