SA- AS - Penang - 21/12/2007
Dah lama sebenarnya aku tak prg Penang, last sekali tahun 2005 (lama ke tu???) bila kami mengalami boleh dikatakan traumalah jugak bila kereta rosak semasa perjalanan ke Penang. Pergi dan balik. Mmg tak lojic langsung, pergi masa selepas terowong dan balik just selepas Juru. Dua2 kali kereta ditarik oleh kereta peronda PLUS. Lepas tu tobat tak mahu jalan jauh hinggakan family day kat Kijal pun semua tak nak prg walau dipancing dgn duduk di Awana.
Kali ni kami prg pinjam kereta org sebab semua anak2 tak mahu naik cherokee yg tak confident lagi nak naik.
Bertolak dr rumah awal pagi sebelum pukul 11 dah sampai BM dan tiba2 suami mengajak ke Alor Star nak tgk menara katanya. So kami sampai di AS lebih kurang jam 1 tgh hari. Berkeliling bandar AS mencari masjid bila akhirnya anak ternampaklah seorg pakcik menunggang motosikal dgn baju melayunya.
Ayah jom ikut pakcik dan suami pun mencelah2 ntah lorong mana dan akhirnya sampailah kesebuah masjid yg besar. Masjid negeri rasanya. Kami yg prpm tunggu kat dlm kete shj sbb tgk semua lelaki je yg prg.
Lepas solat kami cari tempat makan kat Pekan Rabu tapi sebabkan hari Jumaat byk kedai yg tutup. Lepas makan kami terus mencari menara tu. Berpandukan menara yg tinggi tu akhirnya kami sampai juga ke tempat yg dituju. Tak ramai org senang shj nak naik.
duduk atas menara tu lebih kurang 10 minit sebelum turun. Suami ajak ke Bukit Kayu Hitam dan kemudian semlm di AS tapi anak2 semua nak terus ke Penang. So bertolaklah kami ke Penang lebih kurang jam 4 ptg.
Suami nak ikut highway tapi anak2 nak naik feri, memandangkan tempat feri kami jumpa dulu kami naik feri. Lagipun taklah lama sgt tunggu feri tu, kira tak banyak kereta sgtlah.
Sampai Penang, pusing jugak kepala nak cari tempat tidur. Pusing punya pusing dgn jam lagi, jam dah pukul 6.30 solat Asar masih belum lagi so hubby berhenti kat masjid pertama (mmg susah jugak cari masjid kat tgh2 bandaraya georgetown) yg dijumpai. Nasib baik betul2 tepi jln.
Lepas solat cuba2 menjenguk hotel yg paling dkt bila anak perasan NAZA hotel tp kena buat U turn. Masa U turn tu nampak pulak Tanjung Bungah Hotel so suami kata tanya sinilah dulu takut nanti naza dah penuh.
So main redah je, nasib baiklah ada kosong. So book satu suite dan satu std utk anak bujang. Harga boleh tahan RM255 utk suite dan RM185 utk std. Lepas rehat dan solat magrib keluar ke Padang Kota cari makanan.
Mak oi....jln jam, tak de parking dah nak give-up bila tiba2 nampak ada ruang kosong. Walau tak blh parking tapi sbb tgk ramai org parking kami pun main aci je tumpang park.
Satu hal pulak nak cari gerai makan since semua dah penat main redah je. Makan taklah sesedap mana tapi bolehlah utk alas perut. Balik bilik jam 10 penatnya.....terus boom. Aku tidur sekatil dgn anak2, suami terpaksalah tidur diruang tamu, nasib baik ada sofabed. Patutnya tak payah book 2 bilik pun sbb katilnya besar dan sofa bed pun klu setakat tidur bolehlah muat 2 org.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home