PPUM
Hari Isnin yang lalu aku bercuti. Another routine check-up. kali ni aku terpaksa berjumpa dgn 2 org Dr sekali gus, satu di gynae dan satu lagi di surgery.
Aku sampai jam 7.45am dan kelihatan sudah ramai orang yg menunggu. Aku yang ke 17. Ku maklumkan kpd pihak registration yg aku ada lagi satu appointment di surgery. Terus aku ke surgery utk pendaftaran. Di situ juga ramai org dan aku pun menunggu.
Seperti biasa sebuah buku berada di tangan ku. "Mencari Abadi" oleh Luqman Hakim terbitan Alaf21 menjadi pilihan ku. Buku yang menarik tentang seorang lelaki bidayuh yang memeluk agama Islam serta tentangan keluarganya apabila mengetahui dia memeluk Islam. Juga kisah suka dukanya sebagai seorang mualaf.
Hampir 3/4 dari buku setebal 446 ms telah ku baca, dan jam juga telah menunjukkan pukul 10 lebih. Ku lihat no ditangan 5010 dan daftar jam 8.13am. Hampir 2 jam dan aku masih lagi menanti. Bosan membaca aku melihat orang ramai yg lalu lalang serta memandang skrin tv tanpa suara. Bosannya....
Aku berjumpa dgn jururawat yg lalu di situ memaklumkan yang aku perlu berjumpa Dr April (pelik nama bagi seorang gadis Melayu)dgn segera kerana aku mempunyai lagi satu temu janji di bahagian gynae. Bila nama ku disemak, baru mereka perasan 'folder' tiada di dalam simpanan dan jururawat meminta aku ke bahagian gynae berkemungkinan besar 'folder' ku situ.
Berlarilah (eh tak, jln laju je) aku ke tingkat bawah, dan ku lihat sudah ada pesakit bersama dgn Dr Valli (pakar yg merawat ku). Ermm awal pulaklah Dr ni. No yg tertulis di screen 2004 dan no ku 2006. Nasib baik, nombor ku belum dipanggil.
Setelah patient tu keluar nombor ku dipanggil. Dr Valli memaklumkan nombor ku dipanggil tadi tapi aku tiada. Oh rupanya mereka mmg beri priority pada ku sbb ada 2 appointment dan aku ingatkan Dr April yg aku nak jumpa dulu. Kalau ku tahu lama dah aku tunggu kat bawah.
Setelah tanya beberapa soalan, akhirnya Dr Valli ambil keputusan untuk menunggu 3 bulan lagi dan decide kemudian samada perlu buat 'scop' and D & C. Leganya.........aku mmg kalau boleh nak mengelakkan ke dua2nya sekali sbb aku perlu duduk di wad dan Dr terpaksa berikan aku 'full' bius kerana aku mempunyai masalah kesihatan yg lain. Kalau tidak aku hanya perlu dtg pagi dan balik ptg dan Dr beri bius setengah sahaja.
Aku mmg tak suka dibius dan masuk OT. Tak larat rasanya, cukuplah 4 kali pembedahan yg menyebabkan aku tak sedarkan diri hampir sehari suntuk. Tak larat rasanya aku nak menghadapinya lagi.
Selepas tu aku berlari pula naik ke tingkat 1 utk bertemu DR April. Lebih kurang 30 minit aku menunggu sebelum nombor ku dipanggil. Jam telah pun menunjukkan pukul 11 lebih dan selalunya waktu ni aku telahpun menaiki LRT utk ke KL Sentral.
Bila ku buka pintu, yg ku lihat seorang Dr India dan seorg patient. Haik...mcm mana ni, patient tak habis periksa dah panggil aku, bila tiba2 pintu itu dibuka luas dan se org Dr lain memanggil ku. Oh ada 2 Dr dibilik yg cenonit tu.
Eh, mengapa Dr April berubah wajah, takkan buat plastik surgery kot, ialah kali terakhir aku dgr berita Dr ni lanjutkan pelajaran kat US. Rupa2nya Dr yg merawatku bernama Dr Kianoorcsh Nidar, seorang Dr dr Iran. Siap aku interview Dr ni lagi sbb tgk namanya yg pelik dan Dr ni boleh tahan handsomenya.
Apa yg aku dapati kebanyakkan Dr di ppum ni handsome2 terutama Dr expatriate, patient boleh jatuh cinta dibuatnya, silap2 dah baik pun pura2 sakit nak jumpa Dr selalu. he..he..
Tapi yg peliknya Dr ni, bukan dia yg beritahu aku apa nak buat tapi sebaliknya dia bertanya aku mengapa datang, (biar betul Dr ni, Dr tipu ke?), mengapa buat operation, ubat apa yg aku ambil, berapa kali aku perlu buat routine check-up dan bla,bla,bla. Tapi yg buat aku panic sekejap bila dia tersalah ambil borang utk ujian darah. Dia ambil borang biru sedangkan aku biasa pakai borang hijau. Terpaksalah aku beritahu Dr tu warna borang sbb aku tgk dia terkial2 mencari kat mana nak tick dlm borang tu. Sampai esokpun tak jumpa sbb yg nak di 'tick' tak de dlm borang biru.
Mulanya ingat nak ambil ubat sekali tapi bila lihat jam dah 12 lebih dan perut aku dan nyanyi lagu "Itu Kamu" aku terus ambil teksi utk ke LRT Universiti. Dari situ aku ke KL sentral dan singgah makan tgh hari sbb mmg aku tak tahan dah. Ialah jam 6.30 pagi hanya ambil oat dan susu utk alas perut dan tak ambil apa2 selepas tu walupun setitik air.
Aku sampai rumah jam 2.30 ptg dan itulah waktu paling lewat aku sampai ke rumah bila buat appointment. Next appt nasib baik tak clash, 28/4 dan 7/7........cuti lagi. Cuti ku habis berjumpa Drlah jawabnya.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home