ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Wednesday, February 06, 2008

Anugerah

Kebetulan hari Sabtu yang lalu aku menghadiri majlis anugerah utk pelajar yg mendapat keputusan terbaik utk UPSR dan PMR yang diadakan oleh persatuan yang mana aku jadi ahlinya.

Pada mulanya anak ku malas nak ikut kerana lebih teruja dengan imbuhannya dan bukannya utk naik ke pentas begitu juga dgn suami yang enggan hadir sbb malas nak bertemu dgn x collegue dia. Tapi aku pula benar-benar teruja utk pergi kerana ingin bertemu dgn rakan2 lama ku yg sama2 bekerja suatu masa dulu.

Akhirnya dgn pujukan dan rayuan akhirnya mereka prg juga. Dapatlah aku bertemu dgn rakan2 lama ku begitu juga dgn suami walau pd mulanya dia yg enggan hadir tapi bila dah sampai dan bertemu semula dgn rakan2 lamanya dia pulak yg 'enggan' beredar.

Majlis yg bermula jam 11 pagi berakhir jam 1 tgh hari. 17 pelajar mendapat 5A utk UPSR dan <>10 org mendapat 8A PMR. Dapatlah masing RM50 dan RM75, jadilah hadiah itu sebagai belanja utk kudapan.

Sementara hari Isnin pula anak menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar utk mereka yg mendapat 'straight' A utk PMR anjuran Kem. Pend. S'ngor. Majlis ni diadakan di Stadium Melawati SA. Pada mulanya aku teringin nak hadir sama, siap ambil cuti tapi bila dah sampai masanya malas pula nak pergi. Ialah majlis dari jam 1 tgh hari hingga 6 ptg, bila pulak masanya mereka ni nak solat zuhur.

Tgk pada buku cenderamata semua AJK Islam tp macam mana majlis mula 1 tgh hari. Anak pula kata majlis hanya bermula hampir jam 4 ptg bila MB baru menghadirkan dirinya. Hai kesianlah budak2 ni terpaksa meninggalkan solat gara2 acara yg tak disusun dgn betul. Apa salahnya pendaftaran bermula jam 2 ptg. Byk masa lagi sebelum MB dtg pukul 4.

Pada kali ni majlis tu utk pelajar dari daerah Petaling dan Sabak Bernam sahaja. Seramai 822 pelajar mendapat 7A dimana kesemuanya adalah pelajar bukan Islam (tak ambil PI utk subject PMR), 1295 pelajar - 8A, 123 pelajar -9A yg kebanyakannya dari sekolah agama. Kalau tak silap sekolah yg paling ramai mendapat 7A dan 8A adalah dr S.M. Katolik (M) hampir 200 ++ yg berjaya. Sementara sekolah anak ku pula serami 31 yg berjaya mendapat 8A.

Bagi Daerah sabak Bernam pula seramai 2 org mendapat 7A, 56 org 8A dan 92 org mendapat 9A. Kebanyakkan pelajar adalah dari sekolah agama.

Pelajar diberi sijil serta wang tunai RM200 seorg. Walau pun begitu anak ku masih lagi tak dapat duit serta sijil sbb pihak sekolah akan mengadakan majlis khas utk mereka Isnin depan. Anak kata hampir RM1.4 juta diperuntukkan utk pelajar2 tersebut. Ermm...byknya.

Majlis berakhir jam 6.30 ptg, nasib baiklah aku tak prg. Apakah kami (aku dan suami) bukan ibubapa perihatin kerana tidak bersama-sama dimajlis yg meraikan kejayaan anak kami ini. Tapi apa yg aku tahu bila anak tunjukkan surat jemputan terus dia kata, "Mama tak payah pergilah....... Cua prg dgn kawan2 Cua"

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home