13/2/2008
Pagi2 lagi aku dah bangun dan packed barang2 ku. Hari ini kami akan meninggalkan bandar Jb. Ntah bila lagilah aku berkesempatan ke bandar ini yang mana kali pertama aku ke sini adalah dalam tahun 1983.
Kami bertolak jam 9.45 pagi dan singgah di Tampoi utk membeli otak2. Aku sempat juga membeli keropok lekor. Kami mulakan perjalanan hampir jam 11 pagi. Kali ini tiada buku yg hendak dibaca so aku menghabiskan masa dgn melayan menonton video. Ntah apa2 cerita , ganas2nya ceritanya terutama sekali Ranbo 4 dan diamond. Tak sesuai langsung utk kanak2. Agaknya mat salih ni mmg suka sangat bunuh2 org, tak cukup kat movie sampaikan negara org diceroboh. Aku sendiri tak mengikuti sepenuhnya cerita2 itu. Lepas satu cd ke satu cd ditayangkan. Bosannya............eh cite CJ7 pun ada.
Kami juga sempat singgah di Ayer Hitam dan aku sempat beli pisang salai, jeruk, keropok pedas dan buah naga (murah, yg merah tu RM5 sekilo sahaja). Dapat percuma nenas yg manis dari peniaga tu.
Makan tgh hari jam 2 lebih di Seremban. Pada mulanya singgah air keroh tapi kebanyakkan kedai tutup. Sampai rumah jam 6 ptg, apabila aku tumpang Filah (kami tunggu suaminya di Showroon Proton kat tepi highway) terus ke rumah dan tidak ke ofis.
Sampai rumah, kelihatan org ramai berkumpul di depan jalan berdekatan rumah jiran. Anak ku cakap jiran tu telah terlanggar kereta protonya yg diletakkan di hadapan rumah dgn kereta NAZA Rianya. Terperosok kedua2 kereta ke dalam longkang. Ketika mengundurkan NAZA utk parking dlm rumah, dia dah tertekan minyak instead reverse , itu yg terus kedua2nya terjunam.
Kesian dia sbb suaminya baru saja ke Riyard utk berkerja selama 2 tahun, hari Isnin yg lepas sementara jiran ini ikut kemudian. Mungkin hatinya tak tenteram dan dia sendiri rasanya jarang bawa kereta ini kata jiran2.
Erm kalau nak malang, mcm2 boleh berlaku. Proton diangkat oleh org Masjid yg kebetulan lalu setelah habis solat asar sementara NAZA diangkat oleh crane, hampir jam 7.30 mlm baru kereta tu boleh dikeluarkan dari longkang.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home