ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, February 16, 2008

Temujanji

Kami dah set nak bertemu jam 7.30 or 8.00 malam. Malu pula rasanya setiap kali ke selatan aku mesti menghubungi kedua sahabat ini, walau tujuan hanya utuk bertemu, tapi it end up with dinner, mereka yang belanja.

Jam 6.45 aku menerima msg yg mereka akan sampai lebih kurang setengah jam lagi. hah.......aku tak siap lagi....terkocoh2 memakai baju dan siap apa yg patut. Masalah pula timbul sebab rakan se bilik ku akan tinggal berseorangan. Menalipon yg lain, seorang tidak mahu keluar sementara yg berdua lagi tak dpt dihubungi. (kemudian aku dpt tahu mereka dah keluar awal2 lagi). Maka dgn muka tak malunya, eh tangan tak malu , aku menaip hurup2 meminta izin membawa teman yg seorang ini.

Aku tahu aku pasti tak akan dikecewakan dan sahabat ku dgn senang hati menerima teman ku sebagai tetamu. Teman ku ini walau pada mulanya malu2 nak ikut tapi agaknya bila teringat kena duduk sorang2 dia pun bersetuju utk ikut serta.

Lebih kurang jam 7 aku menerima sms sekali gus panggilan menyatakan yg mereka telah menunggu di lobby. Mak ai, baru nak pakai tudung, mereka dah samapi. Terkocoh2 aku dan teman berlari ke lift , nasib baik liftnya agak laju, bbrp saat saja dari tingkat 20 ke tingkat bawah.

Keluar lift aku dah nampak Hanim dgn senyum simpulnya. Seronoknya dapat berjumpa sahabat yg lama juga tak bertemu muka. Bila ye kali terakhir kami bertemu? Dalam kereta mereka bertanya ke mana tujuan, aku yg mmg blur bab jalan2 cari makan nie mengunjurkan kpd mereka utk membuat pilihan.

Patutlah mereka boleh sampai awal sebab jalanraya tak banyak kereta. Mungkin masih ramai lagi yg bercuti CNY. Mereka yg menjangkakan jammed di Tambak, merasa agak lega bila jln smooth sahaja, itu yg boleh sampai awal dari waktu yang dijanjikan.

Setelah berbincang (aku yg kat belakang ni dgr je) akhirnya mereka membawa kami makan seafood di Stulang. Kali ni makan seafood di tepi laut waktu malam pula. Dikejauhan kelihatan lampu berkelipan dari Pulau Singapura. Amat cantik sekali pemandangan dgn bulan sabitnya di awan disertai dgn angin yg sepoi2 bahasa. Rasa2nya macam nak berenang sahaja ke situ mencari jejak2 yg hilang suatu waktu dahulu.

Kali ni makanan pilihan ialah ikan 3 rasa, sotong goreng, kerabu sotong, lalah sambal (tapi aku rasa itu kepah dan bukan lalah tapi mereka kata itu lalah. Apa2 jelah yg pasti makanan tu enak), kangkong belacan (yg tak sempat ku jamah sbb terlupa dan tak perasan) beserta nasi goreng ala2 Cina.

Borak2 dan makan2 bila ku lihat sahabat ku mula menguap. Alahai kesiannya, disebabkan kami terpaksalah mereka mengubah schedule tidur. Seperti biasa aku mmg tak pandai nak excuse2kan diri, tapi nampaknya si suami dah perasan si isteri dah mengantuk bila dia berkata...shall we? Cepat2lah aku bangun sbb pasti si isteri dah tak sabar nak balik rumah apa tah lagi si anak kat rumah sentiasa menghubungi ibu dan ayah sbb pelik tengok mereka tak sampai2 ke rumah.

Kami sampai ke bilik jam 9 lebih dan setelah mandi dan solat aku terus tidur bila jam menunjukkan hampir 11 mlm. Aku pun terasa letih apa taknya dari pagi sampai ke malam berjalan.

We really enjoyed the dinner and the companion. Thanks a lot dear friends and jazakallah khairan, "May ALLAH reward you for the good." Hope to meet again in the future.

p/s as usual terlupa pulak nak bergambar.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home