12/2/2008 - Selasa
Kami diminta berkumpul jam 8.00 pagi sebab bas akan bertolak jam 8.30am. Terkocoh2 kami mengambil sarapan di hotel (bolehlah tahan menu dan rasanya) dan tunggu di lobby. Menaiki bas jam 8.30 am tapi bas tidak bergerak hingga jam 9.45am. Alasannya pihak yg menerima kami hanya akan menerima kedatangan tetamu jam 10.30. Laa........ngapa tak cakap awal2, bolehlah rilex kat bilik dulu.
Perjalanannya JB ke TP mengambil masa 45 minit, itu pun nasib baik jln clear kalau tak lagilah lama di atas jalan raya. Kami sampai di PTP jam 10.30 dan diberi taklimat oleh wakil PTP sebelum dibawa melawat sekeliling pelabuhan. Sempat juga aku bertemu dgn seorang kenalan RN untuk beberapa minit sebelum taklimat bermula.
Selepas melawat sekeliling pelabuhan kami dibawa makan tengahhari di Tanjung Andang or Andung. Makan seafood ditepian sea. Sambil2 meratah ikan sweet sour, ketam blackpapper, sotong dan udang goreng bertepung, sayur campur dan kailan serta tomyam udang kami menikmati suasana pantai yg nyaman ditengahari yg panas terik. Ermmm enak dan menyegarkan.
Selepas makan2 kami ke PG pula, lebih dari satu jam perjalanannya, mak ai jauhnya. Kami singgah di LPJ utk solat zuhur dan taklimat. Kemudian kami ke PPG untuk taklimat sebelum balik ke hotel jam 4.45 ptg. Sampai di hotel jam 5.15 dan aku lepak2 sambil menunggu temu janji dgn seorang sahabat jam 7.30pm.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home