ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, February 26, 2008

Kemalangan

25/2/2008 lebih kurang jam 1.15 tgh hari

Terima email dr seorg sahabat.

Assalamualaikum xxxx,

Just to let you know that R accident yesterday.Now warded at SMC bilik xxx. Anak perempuannya yang youngest teruk..tulang patah...R 1 jari tangan dan hidung patah. Husbandnya outpatient.

Sekian untuk makluman.

than again another mail from the same person,

Assalamualaikum xxx,
Untuk pengetahuan, RB 3 beranak accident semalam. R dan anak masuk SMC di wad xxx/xxy.
Sekian

dan selepas itu aku menerima msg yg sama sebanyak 40 kali. eh biar betul org yg mengantar nie. Walau dah balas pertama kali menerimanya, email yg menyusul tidak berhenti. Mungkin ada yg tersilap sana sini. Terus aku diamkan sahaja sehingga ia berhenti sendiri.

Menalipon R, lega rasanya bila R sendiri yg menjawab telefon. Patah tulang jari dan tulang hidung serta luka di dahi serta calar balar di badan tidak menyebabkna dia terlantar.

Sementara anak yg bongsu berusia 8 tahun, keretakan di lutut, patah tulang kaki serta bahu, kecederaan di kepala dan luka2 diseluruh badan menyebabkan dia terlantar.

Suaminya yg ku kenali sejak sebelum mereka berkahwin lagi luka2 di badan serta bengkak dan luka di bahagian belakang kepala hanya merupakan pesakit luar sahaja.

Ptg itu aku dan seorang lagi rakan menjenguk mereka di SMC yg kebetulan terletak hanya sepelaung dari rumah ku. Kasihan juga melihatkan keadaan anaknya.

Kemalangan berlaku waktu tgh hari berdekatan SJ waktu tgh hari. Si suami yg memandu cuba mengelakkan 'sesuatu' yg melintas dihadapannya menyebabkan kereta terbnbas ke kiri, melanggar longkang/bukit, berpusing ke tengah jalan dan terus terbalik.

Anaknya terrcampak ke atas jalan raya dan mereka pula terperangkap dalam kereta. Kebetulan pula tiada kereta yg mengekor, kalau tak, tak tahu apa yg akan terjadi kpd anak mereka.

Mengikut kawan yg kebetulan lalu dan tak menyangka yg itu R, keadaan kereta menyebabkan mereka sangka berlaku kematian, tapi alhamdulillah Allah masih menyayangi mereka.

Supaya mereka anak beranak cepat sembuh. AMIN.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home