ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, February 26, 2008

Mesyuarat PIBG

23/2/2008 yang lalu aku menghadiri mesyuarat PIBG sekolah Nasuha. Seperti biasa aku saja yg hadir sementara suami ku 'ada hal'

Awal lagi Nasuha menyuruh aku pergi jam 8.15 pagi kerana katanya program bermula jam 8.30. Jam 8.10 aku keluar rumah dan bila sampai bacaan doa baru saja diaminkan. Eh awalnya, dan bila ku lihat program baru tahu majlis bermula jam 8.10am. Terlambatlah aku.

Seperti biasa majlis dimulakan dgn ucapan alu2an dari pengerusi PIBG yang juga merupakan orang kuat Karangkraf dan dalam ucapan dia sempat lagi berkempen untuk utk SS. Hish, ini mesyuarat PIBG ke kempen politik.

Mungkin disebabkan kedengaran bunyi 'boo' dibelakang bila dgn terujanya memperkenalkan SS terus selepas tu dia tidak berapa nak cerita pasal SS. Ucapan pengetua juga berbau politik. Ai takkan sekolah pun nak berpolitik.

Setelah ucapan diadakan pula penyampaian hadiah utk murid cemerlang PMR dimana kali ini memandangkan 35 pelajar mendapat straight As pihak PIBG tak beri saguhati sebaliknya digunakan saguhati pemberian kerajaan negeri sebanyak RM200 sebagai ganti.

Perlantikan AJK baru berjalan dgn lancar dan tanpa ada apa2 tandingan. Semua dicalon dilantik, begitu juga isu yuran tidak dibangkitkan sebaliknya banyak kepada isu pembelajaran, fasiliti sekolah dan juga kebersihan.

Mesyuarat tamat jam 12.30 tgh hari dan tahun depan merupakan tahun terakhir aku akan menghadiri mesyuarat PIBG.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home