Sketsa Kehidupan
Sketsa 1.
Sedang menunggu untuk berurusan disebuah jabatan kerajaan terdengar pakcik di sebelah sedang merungut. Melihat ke arahnya dan terus dia berkata dgn slanga Kelantannya,
"Anak pokcik ni doh meningge, tinggeka utang empat ribu. Lepeh tu menantu pulok meningge"
Melihat seperti saya berminat(takkan buat tak tahu je kot) terus dia menceritakan kisahnya.
Kerana nak kurangkan beban anak, si ayah telah membenarkan anak dan menantu menginap di flet kepunyaannya dengan harapan anak itu akan membayar segala macam bayaran. Malangnya si anak meninggal diikuti dgn menantunya selepas itu. Selepas kematian menantu barulah dia tahu yang anaknya berhutang dgn PBT sebanyak empat ribu ringgit lebih untuk maintanance dan cukai pintu.
"Buke banyok pon, 75 rial utk maintene, 25 utk cukai pintu. Gaji ribu2 tak nak bayar. Ni la pokcik gune duit pencen bayar sikit2. Nasib baik PBT nok timo. Menyusohkan betulah anak2 nie." Rungut pakcik tu lagi. Saya yg mendengar hanya menganggukkan kepala.
Sketsa 2.
Bila diminta oleh kakitangan PBT utk tandatangan satu dokumen, terus pakcik tu cakap.
" Hah ni satu lagi, ari tu ade kawe(kawan) pokcik nak kaweKahwin), pompuan tu pegi rumoh dio siap bawak surat minto tukor name flet tu, lepah tuka baghu boleh kawe. Kawe pokcik ni apo lagi, di kejanya dgn tongkat pompuan tu (itu cite pakcik tulah). Kawe lagi sorang pun samo, pompuan tu siap sugho tukor name siang2. Itu sebab dah 11 tahun buje pokcik tak nak kawe, kang kena halau dok jadi pengemih pulok"
Begitulah serba sedikit diolog pakcik tu dlm bahasa Kelantan, tak pandailah nak meniru. Tapi rasa2nya bolehlah kot dan saya suka dengar orang Kelantan dan Trengganu bercakap guna slanga mereka.
Teringat saya pada kisah seorang bapak saudara. Baru2 ni berjumpa dgn dia dan dia bercerita yg dia teringin nak kahwin lagi setelah agak lama menduda. Perempuan itu tinggal satu kampung dgnnya. Satu hari tu perempuan tu telah datang ke rumahnya dan menemuramah bapa saudara ni. Menanyakan berapa banyak pencennya, hartanya dan siap lagi melihat2 sekitar kawasan dalam rumahnya sambil memaklumkna bahawa sekiranya berkahwin nanti, minta ditukarkan perabut serta peralatan letrik dalam rumah tu. Terus pakcik tu tak jadi kahwin, menyusahkan saja katanya.
Apakah perempuan-perempuan tersebut materialistik atau cuba menjaga kepentingan mereka dari anak2 bakal suami. Waallahhu a'lam.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home