ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Monday, March 03, 2008

Bandar Hilir

Balik dari Duyung, kami singgah ke Bandar Hilir. Sebelum tu suami singgah di Masjid Azim, masjid negeri utk solat zuhur. Kebetulan bila sampai solat Zuhur baru saja bermula.

Selepas solat kami terus ke BH mengikut pandu arah Nasihah. Ni Kak Ngah nie mesti selalu datang sini yea, kata neneknya. Berpusing jugalah dua tiga kali mencari tempat letak kereta. Akhirnya kami letak kereta di tepi Sungai Melaka berdekatan dgn Kompleks Muzium Stadthuys

Berjalanlah sekitar kawasan Kompleks Muzium Stadthuys dalam keadaan yg mendung, ok juga tak panas. Mmg warna-warni kawasan tu dan sempat singgah di salah satu gerai yg terdapat disitu. Laa..........rupanya gerai sepupu sendiri, berboraklah sekejap sebelum meneruskan perjalanan.

Kemudian kami menaiki bot melayari Sungai Melaka. Perjalanan yang memakan masa hampir sejam dgn tambang RM10 seorang memang berbaloi. Seronok tgk kawasan2 yg sedang dibangunkan dan gembira bila melihat mak dan ayah juga seronok menaiki bot tersebut.

Dapatlah kami bertemu dgn Mawi, Ella, CT Norhaliza tak ketinggalan Datuk K, sepanjang perjalanan tersebut. Ruginya tak bawa kemera kalau tak pasti gambar2 mereka dapat menghiasi blog ini. Mungkin tahun 2010 aku akan ke sini lagi membawa kesemua anak2ku, apabila pembangunan sepanjang sungai ini yg memakan belanja RM12 juta siap sepenuhnya. Insyaallah.

Kami balik jam 4.00 ptg dan masuk sahaja ke dalam kereta, hujan turun dgn lebatnya. Singgah menghantar Nasihah kemudian singgah di Ayeh Keroh utk solat dan sampai ke rumah jam 6.30 ptg.

Yatie bertanya, lamanya korang prg Melaka...he..he... seronok beb!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home