ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Sunday, March 09, 2008

Pilihanraya

Pagi2 dah beratur utk mengundi. Ingatkan dtg 10 minit sebelum pukul 8 boleh jadi org pertama, rupanya ramai lagi yg datang awal.

Walau apapun 1/2 jam dah siap, itu pun menunggu suami di saluran 2 yang agak ramai berbanding dgn saluran 3, saluran ku.

Habis saja mengundi, terus aku dan suami ke KHAH,Bangsar utk mencuci apmt yg baru saja ku terima kuncinya. Hanya kami bertiga saja yg ada utk mencuci rumah yg agak hitam lantainya penuh dgn habuk dan juga sampah sarap.

Sedang kami mencuci tiba2 pintu diketuk dan kelihatan seorang makcik yg bising2 kata air dah masuk ke dalam rumahnya. Terpaksalah aku mengikut makcik tu nak tgk rumahnya yg dilimpahi air.

Alamak, habislah dapurnya basah bila air dari atas bocor, terpaksalah aku minta maaf dan beritahu akan maklumkan kpd pihak DBKL. Malaslah aku nak bising2 dgn makcik tu.

Sambil2 tu sempat aku melihat2 org dibawah sibuk dgn aktiviti mengundi. Ramai juga org yg berkunjung ke pondok BN. Meriah gitu.

Penat juga mencuci rumah nie. Jam 12 tgh hari rumah pun siap dicuci dan terus kami balik. Penat nak masak jadi makan di luar je.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home