Dik Teh dan Dik Lie
Erm.tiba2 je aku teringatkan kedua2 adikku ini. Bila ye kali terakhir aku berjumpa mereka? Kalau tak silap Dik Lie yg duduk belakang rumah mak aku, 2 minggu yang lepas sementara Dik Teh yang duduk Di Ipoh lebih kurang sebulan yang lalu.
DT ni adik aku yg kedua sementara DL pula yg ke 3 dari 5 adik2ku. DT ni muda 19 bulan dari ku sementara DL dgn DT juga 19 bulan walaupun kalau tgk tahun aku dan DT jarak setahun sementara DT dan DL 2 tahun. Waa..........pandai mak dan ayah aku..he..he...
DT ni mmg seorang yg baik, lemah lembut, mendengar kata putih dan tercantik antara kami bertiga. Aku ni kira 'ugly duckling'lah. Itu sebab aku dan DL selalu rasakan yg mak dan ayah kami lebih sayangkan dia dari kami. Cakap mak tak pernah bantah sedangkan aku walau tak bantah secara mulut tapi aku tunjukkan cara perbuatan. Tak baiknya aku.
DT agak rapat juga dgn aku sbb aku teringat masa dia belajar kat ITM, dia pernah menangis dan suruh aku jumpa dia kat SA. Nasib baik masa tu aku duduk Klang jadi aku pergilah dgn sepupu aku. Rupa2nya dia tension pasal pelajaran, aku pun terpaksalah memujuknya dgn kata2 perangsang walaupun aku sebenarnya mmg tak pandai nak pujuk orang.
Semasa di Tingkatan 4, dia masuk sekolah Teknik dan dia memang rajin dan tekun belajar. Selepas SPM dia lanjut pelajaran ke Poli dan aku ingat hampir seminggu dia menangis sbb result SPM tak memberangsangkan. Nasib baik dia boleh sambung belajar kat Poli.
Habis Poli dia ditawarkan belajar di Jepun tapi mak dan ayah aku tak bagi sbb masa tu tgh perang Iran/Iraq takut anak dia tersangkut kat Jepun tak balik2. Lepas tu dia kerja sekejap dgn telekom. Lepas tu sambung belajar kat ITM. Sekarang ni dia mengajar kat Poli dan telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Yang tua baru lepas SPM sementara yang kecil tahun 1, cucu paling kecil untuk mak aku sebab yg lain2 semua dah tutup kilang. Tak produktif lagi.
DL pula semasa kecilnya mmg lasak, kalau tgk gambar takkan jumpa dia pakai pakaian perempuan semuanya baju lelaki. Ni kerana setelah dapat 2 org prpm mak nak sgt anak lelaki tapi tak dapat. Jadi dia 'besar'kan DL ni mcm lelaki. Dia ni mmg malas dalam bab2 memasak dan mengemas dan suka berkawan dgn lelaki. Tapi skrg kalah kami terutama kalau dia masak nasi briyani atau nasi lemak. Power betul.
Teringat masa kecil dulu dia pernah 'bergaduh' dgn mak aku walaupun umur baru 5 tahun. Aku juga teringat dia pernah mengejar mak bidan dgn botol bedak gara2 dia disunatkan ketika berumur 4 tahun. Mungkin mak aku terlupa yg dia perempuan, itu yg lambat sunat tu. Dia juga pernah menghilangkan diri seharian menyebabkan kami menggelabah mencari hingga ke hutan kecil di belakang rumah. Akhirnya kami terjumpa dia sedang tidur di loteng bekas kedai di depan rumah. Buat suspen je, lepas tu buat buka selamba pulak bila mak dan ayah marah kat dia. Yg buat geram tu kami semua menerima 'tempias'nya.
Kami juga dapat tahu yg dia telah ada bf sejak tingkatan 4 dan selalu bf dia hantar balik sekolah dgn kereta tapi tak berhenti depan rumah sebaliknya sebelum sampai ke rumah. Huhu konon nak soroklah tu. Kami juga dapat tahu akhirnya bf dia tu di'rampas' oleh kawan baiknya dalam grup 'Cheras angels". Walau apapun akhirnya bf dia kawin dgn org lain.
DL juga yang mula2 kawin dlm keluarga kami ketika berumur 20 tahun sedang yg lain2 sibuk belajar. Dia juga yg memberikan mak dan ayah aku cucu pertama perempuan yg kebetulan tarikh lahirnya sama dgn aku. Wei.........takkan tiru mak dan ayah kot. Mak aku pun kahwin ketika berumur 20 tahun. Dan sekarang DL telah mempunyai 4 org anak yg besar2. Yg tua dah nak habis degree, yg bongsu di tingkatan 5.
Sebagai mana aku yg mempunyai 2 lelaki dan 2 prpm begitu juga DL. Cuma DT saja yg terlebih sorang, 3 prpm dan 2 lelaki. Dan anak2 kami bolehlah dikatakan rapat sebab masing2 lebih kurang sama saja umurnya. Yg prpm pula siap ada nama grup......mikahan.....(sampai skrg aku tak dpt ingat nama gruptu) pelik namanya gabungan dari singkatan nama mereka.
Walau pun kami ni jarang berinteraksi (samada tel atau sebagainya) dan juga jarang bertemu kami masih lagi rapat. Setiap tahun kami pastikan kami dapat mengumpulkan semua ahli keluarga termasuk mak dan ayah. Seboleh2nya semua mesti ada walaupun sekarang ni agak susah sbb bila anak2 telah besar, masa utk berkumpul agak terhad kerana cuti berbeza.
Biar pun aku atau adik2 ku tidak pernah mengatakan sayang tapi jauh dilubuk hati kami tahu kami menyayangi antara satu sama lain. Lagipun aku rasa perbuatan itu lebih bermakna dari kata2. Bergurau senda ketika bertemu, tidak mengambil hati jika anak dimarahi dsbnya mengeratkan lagi perasaan kasih sayang tu.
Semuga adik2 ku serta keluarga akan dirahmati ALLAH sepanjang masa.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home