Ulang Tahun
12/3/2008 (Rabu)
Minggu lalu membelek data peribadi di pc bila aku terperasan tarikh lantik kerja :12/03/1984.
Kalau dikira-kira dah 24 tahun aku bekerja. Bekerja di agensi yang sama dan jabatan yang sama. Cuma orang-orangnya saja yang lain. Teman-teman yang mula2 aku kenal dulu, tak seorang pun ada bersama. Yang tinggal samada muka-muka baru ataupun yang aku jumpa setelah beberapa tahun bekerja.
Masa aku mula kerja dulu, aku di tempatkan di tepi laut, dekat dgn limbungan dan stor. Kebanyakan pekerja adalah lelaki cuma beberapa orang sahaja perempuan. Di ofis aku sendiri dari 15 orang hanya 4 sahaja perempuan. Memang tempatnya agak terpencil dan sunyi.
4 tahun di seksyen itu aku minta tukar ke seksyen lain pula. Kali ni tempatnya di Ibu Pejabat, lebih kurang 1 km dari tempat lama. Kali ini kakitangan di bahagian itu lebih kurang 10 orang sahaja tapi jabatan ini sendiri mempunyai hampir 50 orang kakitangan tidak termasuk yang berada di Utara dan Selatan.
Nampak meriah dan suasana agak bising memandangkan agak ramai di tempatkan di satu tempat. Setiap seksyen hanya dipisahkan dengan bilik berkaca. Jadi boleh nampak semua orang di bahagian-bahagian lain.
Pernah sekali aku ternampak dua orang kakitangan bertumbuk disebabkan hal kerja sehingga pengawal terpaksa dipanggil untuk meleraikan mereka. Kecut perut aku dibuatnya. Di bangunan ini yang mempunyai 3 tingkat menpunyai lebih kurang 200 orang kakitangan memang mempunyai berbagai ragam manusia. Belum lagi pelbagai-bagai gossip dan affair.
Selepas penswastaan pula cuma tinggal kami berlima sahaja di jabatan ini. Kebanyakkan kakitangan samada berkhidmat dgn syarikat baru atau berhenti. Kali ini memang betul2 rasa sunyi memandangkan tempat yang boleh memuatkan 50 orang tinggal 5 sahaja. Tapi yang seronoknya bilik dimana dulu aku berkongsi dgn 2 lagi pegawai tinggal aku sorang sahaja cuma bilik sebelah yang menempatkan hampir 20 orang dah tak de orang lagi. Seram juga kalau waktu2 rehat tu.
Setelah beberapa tahun, kami mengambil kakitangan baru dan kini ada 9 orang kakitangan semuanya dan bilik pejabat pun telah diubah suai. Dulu kami dipisahkan dgn kaca tapi sekarang dgn partition sahaja dan kami juga berkongsi tempat dgn jabatan lain.
Tinggal satu tahun sahaja sebelum aku dapat pencen penuh. Sedang berfikir samada nak teruskan bekerja hingga 55, 50 or genap 25 tahun berkhidmat. Dah penah rasanya aku bekerja.
YA ALLAH berikanlah aku petunjuk.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home