Sepagi Di Tingkat 21
Sepagi di tingkat 21
Hari Jumaat yg lalu, konon2nya aku ingin memeriksa aset unit V di Pulau I. Dah lama aku tak ke sana. Kali ni aku nak tgk sistem yg baru mereka beli dgn harga hampir RM6.7 juta.
Lebih kurang jam 9 pagi aku, Ina dan Syuhada(yg ku bawa khas sbb mereka tak pernah ke sana lagi) bertolak dgn Kapt K ke PI. PI terletak lebih kurang 25 km dari ofis ku. Sepanjang jalan yg kami lalui kami temui lori2 kontena yg menggerunkan aku. Nasib baiklah aku tak bekerja di kawasan ini.
Sebelum sampai ke tempat tu, Kapt K ajak sarapan sebab dia belum sarapan, memandangkan kami dah sarapan, kami hanya pesan minuman sahaja. Boleh tahan juga food court di sini walau pun masa tu tak byk kedai yg buka.
Selepas lima belas minit lebih kurang kami bertolak semula ke ofis V. Semakin banyak lori kontena yg kami jumpa, dan cara masing2 bawa lori, mengucap jelah sepanjang jalan.
Sampai saja di sana, kami terus dibawa ke tingkat 21, tingkat paling tinggi di bangunan tu. Dari atas tu kami boleh melihat keseluruhan pulau tersebut. Aku yg dah pernah prg beberapa kali taklah rasa teruja, tp Ina dan Syuhadah nampak sgt excited.
Sementara menunggu utk diberi penerangan, kami meninjau2 keseluruhan bilik tersebut. Ada 3 orang kakitangan yg sedang bertugas sambil melihat skrin yg menunjukkan kedudukan kapal2 yg sedang belayar disepanjang Selat Melaka (tapi taklah sampai ke Johor setakat PD je)
Sepanjang penerangan kami ditunjukkan alat2 yg digunakan juga dibawa keluar dari pejabat tu ke menara yg paling atas utk melihat antenna yg dipasang. Mak ai terasa gayat pulak bila melihat ke bawah. Dari dalam bilik td taklah terasa sgt bila dah ‘open air’ ni baru terasa. Nampak kapal2, kren serta kereta2 yg terdapat disekeliling seperti mainan sahaja. Nasib baiklah tembuk keliling tu tinggi taklah terasa macam nak jatuh.
Bila balik ke bilik barulah terasa lega, apa tah lagi kat luar tadi panas membahang, cepat saja ku cari bilik yg aircondnya sejuk. Bila jam berganjak ke angka 11.30 kami pun berundur diri. Sampai di ofis hampir jam 12.15 tgh hari dan dah ramai yg keluar utk rehat. Oh.. hari Jumaat rupanya hari ni….

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home