ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, April 12, 2008

Preview : Garis2 Deja Vu - John Norafizan

Buku pertama yg ku baca. Dibaca pada 6/4 dan tamat membacanya 10/4. Empat hari, kira taklah lama sgt.

Nak tahu sinopsis ceritanya prglah ke Blog JN sendiri.
Aku cuma nak bagi komen ceritanya.

Cerita yg menarik sbb ia bukan hanya berkisar pada satu atau dua watak shj spr selalunya tetapi pada 4 watak iaitu Ashraf yg berada di Jordan kemudian ke UK, Nini yg berada di M'sia kemudian ke Jordon, Suraya yg berada di Manchester dan kemudian ke M'sia dan balik semula ke UK dan anak kecil Damien yg berada di Manchester.

Keempat2 watak ini diceritakan secara detail kisah mereka sebelum mereka bertemu di satu tempat walaupun salah satu watak tersebut meninggal dunia. Aku cuba membaca bbrp muka surat terakhir kerana tak sabar nak tahu endingnya malangnya aku tak berapa faham (tak seperti novel yg lain) maka aku terpaksa membaca keseluruhan novel ini yg mempunyai lebih dari enam ratus muka surat.

Seperti juga novel2 JN yg lain aku juga memberikan rating yg tinggi utk novel ini, 4 ****. Semuga ada lagi novel baru JN yg lebih memberangsangkan dan bukan spt kebanyakan novel2 dipasaran yg hanya berkisar kepada kisah cintan cintun yg ntah apa2.

Well done JN

2 Comments:

At 7:52 AM , Anonymous Anonymous said...

terima kasih ieda..
Insya Allah saya akan cuba buat yang lebih baik lagi di masa hadapan :) :)

 
At 8:29 PM , Blogger ieda said...

Alahai JN. Terkedulah kakmid bila JN guna nama kat atas tu...hehe

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home