Geram
Selasa yg lalu (8/4/08) ayah masuk hospital sekali lagi (HUKM). Tapi kali ini operation mata, lebih kepada buang cataract dan gantikan lensa(?). Ayah masuk wad hari Isnin, operation selasa dan balik hari rabu.
Malam semalam aku balik sekejap ke kg selepas solat maghrib, sampai dlm jam 8.45 mlm. Nasib baik tak jam cuma kereta saja yg banyak. Tengok ayah dlm keadaan matanya tertutup membuat aku sayu.
Tapi mendengar cerita ayah membuatkan aku rasa lucu pula. Ialah ayah aku pandai bercerita. Sepuluh tahun yg lalu dia pernah buang cataract tapi di Hospital Mata Hussein Onn, kali ini di HUKM pula. Di HMHO merupakan pengalaman yg menarik tetapi kosnya agak mahal iaitu RM3k utk buang cataract utk sebelah mata shj.
Malangnya keputusan dia untuk mendapatkan rawatan yg murah (RM500 shj dan boleh claim) telah mengakibatkan dia menanggung kesakitan yg amat sgt. Apa taknya mereka melakukan pembedahan tu tanpa dibius. Aku yg mendengarpun terasa ngilu walaupun sempat ketawa dgr cerita ayah yg geram bercampur lucu.
Sempat juga dia menegur Dr tu yg buat kerja secara kasar. rupa2nya yg menjalankan tugas tu student, aduh sakitnya............. Tak sanggup rasanya bila terbayangkan mata ku digodek2 dlm keadaan aku sedar.
Dalam jam 9.15 mlm aku balik dan sampai ke rumah jam 9.45pm.
Pagi ni aku bengang betul sebab web page kegemaran ku telah disekat termasuk juga semua access ke blog, utube dan bbrp web page lain. Nampaknya tak bolehlah aku nak mendengar bacaan ayat Al Quran setiap pagi apabila sampai ke ofis.
Ntah ape2jelah diorang nie..................

2 Comments:
Salam,
Kalau di HUKM memang selalunya students yg buat kecuali surgery.
And mmg bengang, bila kita komplen ada yg kurang asam tu will say
" Nasib la ..." Ggrrr....
No access to website & blog ??
Ni dah parah ni ....
Hemm ... makin "jauh" la kita ye
sbb malam-malam pun bukan selalu dapat online.
Apapun,
Salam ceria dari Pekan
Salam,
Yelah Alin. Boringnya dah tak blh nak beramas mesra lagi.
Niway blh shj hantr offline msg or email je. Takpun mlm2 tu masih boleh berchating cuma masanya limited pulak.
Tapi tak pe kan, U still ada 'someone else' utk berchatting'
Really miss U!!!!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home