ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Sunday, May 04, 2008

Bertunang

Semalam aku ke rumah Busu (di seberang jalan je) bagi menghadiri majlis pertunangan anaknya yg bongsu. (dia ada 2 anak je). Majlis sungguh meriah, paginya ada marhaban dijemput khas dari KHAH (Bangsar), selepas tu pula tahlil (kariah masjid) dan selepas zuhur baru majlis bertunangan diadakan.

Aku pergi sorang je (jam 10.45 aku sampai) sbb suami kurang sihat dan anak2 ku pula 'sibuk'. Segan juga sbb aku tak kenal pun org2 yg kat situ. Tapi yg seronoknya sejak aku datang, makan sahaja hinggalah aku balik.

Busu menyediakan makan yg dimasak sendiri secara buffet, free for all. Dari mee hoon goreng, karipap, agar2 keladi, lengkong sirap, tapai (sedapnya), apam, cendol, (aku buat sendiri cendol tapai)nasi putih serta lauk2nya asam garam, pisang masak lemak, ayam masak kicap dan bbrp lagi jenis lauk yg tak sempat aku makan.

Hampir jam 11.45 pagi, pak itam dan keluarga sampai dan aku join grup tu berborak2 sampailah majlis bertunang dimana pihak lelaki yg dari Triang Pahang sampai jam 2.15 ptg.

Sempat aku dan Midah menjenguk bakal pengantin serta melihat hantaran. Kami melihat dan mengira, mak ai............18 biar betul, banyaknya. Mcm2 ada, kuih muih je ada bbrp jenis, keknya adalah dlm 3 kaki x 2 kaki. Panjang betul. Baju, songket, toiletries, coklat, bunga rampai dll.

Bila bertemu 'pengantin' dia maklumkan bahawa hantaran sekali je, waktu nikah nanti hanya cincin dan mas kahwin saje yg dibawa. Ermm patutlah banyak.

Bila pihak lelaki sampai (ramai juga robongannya), aku pun turut berangkat balik bila lain2 saudara mara ku balik. Dapatlah juga baulu serta bunga telur, mewah juga macam majlis nikah kahwin pulak. Tak ketinggalan aku dibekalkan dgn lauk pauk.

Cuma yg kurang enak bila saudara mara bertanya, mak tak dtg ke....? Dgn serba salahnya aku berkata, Y ke Trengganu, Elly pula ke JB jadi tak de sapa yg nak bawa mak, walaupun yg sebenarnya mak tak dijemput. Busu kata, aku ni wakil maklah kiranya dan dia jemput kenalan2 shj serta bbrp org saudara yg dekat2. Majlis kahwin nanti baru dia jemput semua.

Dekat2............tapi rasanya ada bbrp saudara mara yg taklah berapa dekat pun dtg. Habis macam mana????

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home