ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Sunday, May 04, 2008

Stress?

2 minggu yg lalu, Mazlan kawan suami menghadapi masalah anaknya yg stress. Tiba2 sahaja anaknya bercakap sorang2 dan menjadi murung yg keterlaluan. Malam tadi pula dia agak panic sbb tiba2 sahaja anaknya seperti tak sedarkan diri dan matanya hanya memandang ke atas sahaja.

Anak gadis yg sulung ini baru sahaja mencecah 21 tahun. Baru saja tamat menghadapi peperiksaan akhir utk diploma dan bercadang utk mengambil degree. Bagi memastikan cita2nya tercapai dia bercadang utk mengambil pprk MUET, minggu depan.

Sebelum sempat ambil periksa dia dah jatuh sakit. 2 org ustad telah ditemui dan masing2 berkata tiada masalah sampuk atau sebagainya. Telah diperiksa oleh Dr dan mmg dia menghadapi masalah jiwa.

Apakah disebabkan oleh stress, wallahu alam.

Walau apapun kami mendoakan supaya dia cepat sembuh sbb kesian kat ayahnya yg tak de pendapatan tetap (bekerja sendiri), mak pula tak bekerja dan adik2 yg masih kecil.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home