RM5
RM5. Itulah tambang yg perlu ku bayar utk tambang teksi setiap hari utk ke pejabat dari stesen komuter. Berbanding dgn tambang tren yg hanya RM2.10 mmg ia agak mahal apa tah lagi jaraknya tak sampai 2km.
Begitu juga yg dirasakan oleh teman2 sepejabat. Bila boss ku bercuti utk bersara ramai yg prihatin dan bertanya kpd ku tidak mahu tumpang mereka kah? Buang duit saja setiap hari bayar RM5.
Bagi ku RM5 taklah semahal sekiranya aku bawa kereta sendiri. Bagi ku juga RM5 itu tidaklah mahal dibandingkan aku menumpang rakan2 dan kemudian menyusahkan mereka apabila terpaksa menunggu ku disebabkan jadual tren yg tidak menentu.
Walau hanya RM5 aku tahu rupanya ramai rakan2 ku yg prihatin dan tidak mahu aku membuangkan duit ku begitu shj. Terima kasih teman sebab erihatin kepada ku yg tak punya kenderaan ini.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home