Macam-macam ada
9/6-10/6
Aku sibuk menyiapkan payroll. Sebulan sekali pun sibuk, ini pulak bila terpaksa bayar gaji 2 kali sebulan
11/6-13/6
Aku menghadiri kursus Internal Auditor ISO (lagi....). Agak menarik juga sbb penceramahnya mmg pandai menarik perhatian kami semua. Tak mengantuk dibuatnya. Walau apa pun aku rasa nak tarik diri jadi internal auditor ISO ni, byk buang masa aku saja.
14/6
Pagi lagi kami sekeluarga telah bertolak menuju ke JB. Singgah sebentar di Melaka menghantar barang nasihah dan singgah di Air Hitam beli buah naga (murah......), kerepek dan juga bantal spongebob dan pooh. Murah je utk letak dlm kete
Sampai di tol Kempas jam 11.45am. Hampir jam satu baru sampai di M Suites. Berkeliling mencari M suites asyik2 berputar di sekitar kawasan JJ....Lepas check-in (aku book bilik suite jadi semua boleh masuk, harga pun murah banding klu aku book 2 bilik) kami terus mencari makan tgh hari. Jam menunjukkan jam 2 ptg, akhirnya kami singgah di kedai Best 17, formerly known as Asam Pedas Power (itulah yg tertulis di kedainya)Makan asam pedas ikan pari dan puyuh goreng kunyit. mmg sedap.
Selepas makan tgh hari kami berkereta di sepanjang pantai dan berhenti sebentar di Danga Bay. Ada yg nak berjalan ada yg nak balik bilik. Jln sekejap dan terus ke bilik.
Balik ke bilik dan semua org boom....melainkan aku sbb aku mmglah tak suka tidur apabila berjalan. Lebih baik tidur kat rumah je. Jadi aku pun termenunglah kat tepi tingkap sambil melihat lautan di depan mata.
Malam kami ke Danga Bay lagi sekali, ingatkan nak makan malam di situ malangnya kedai2 yg suatu masa dulu berada di situ telah lenyap. Yg ada hanya sign board 'on renovation' Erm langkah kiri nampaknya tapi nasib baik kat hujung tu ada bbrp gerai makan. Makanan mmg tak ump langsung, menyesal pulak ke situ patutmya kami ke singgahselalu or is it singgah sana?
Lepas makan semua nak tidur so kami balik ke bilik dan terus tidor termasuk aku sbb dah penat sgt.
15/6
Selepas sarapan di hotel kami bersiap utk ke destinasi masing2. Jam baru pukul 9 dan aku ckp kat suami "takkan nak hantar ke Zon. Awal sgt, registration jam 2 ptg"
Dalam perjalanan ke Zon dulu Eden kami ternampak sign board zoo lalu kami kata jom singgah. Kebetulan sebelah zoo tu ada masjid dan upacara nikah beramai2 utk saudara baru sedang diadakan. Agak banyaklah juga kenderaan yg diletakkan di tepi jalan termasuk 2 buah pas di hadapan kereta kami.
Kami masuk zoo (RM2/seorang) dan jalan2 sambil melihat binatang2 yg ada di situ. Zoo yg kecil itu menyebabkan tak sampai 1/2 jam telah siap kami ziarahi. Bila sampai saja di kereta alangkah terperanjatnya kami bila mendapati cermin kereta telah pun dipecahkan..........
Bersambung.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home