ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, July 01, 2008

Sampai Hati 1

Kadang2 aku hairan bagaimana seseorang sampai hati melukakan hati orang lain. Bagaimana seseorang itu langsung tak terfikirkan apa yg dirasai oleh orang lain. Tak pernah fikirkan perasaan orang lain.

Ptg td dalam pukul 5.30 ptg mak menalipon. Kebetulan minggu ni aku berkursus (di SA shj), oleh itu aku balik awal, jadi bolehlah masak awal. Aku fikirkan mak ingin bertanya ttg samada aku bersetuju utk menemankan mak dan ayah ke Aceh. Yelah setelah mengajak cucu2nya tapi tak de siapa yg dapat ikut sbb masing2 samada sedang belajar atau baru nak mula kelas, mak akhirnya mengajak aku. Nak ajak Eli dia sendiri akan ke Bandung pada minggu hadapan sedangkan mak akan prg pada 13hb Julai nanti.

Setelah menjawab salam mak, terus dia bertanya.
"Jadi tak ikut mak" kan betul mmg mak nak tanya pasal prg Acehlah.
"Maaflah mak, tak dpt. Masa suntuk sgt sbb kena minta kelulusan ke luar negara dr majikan. Ni tak sempat ni" Dalam hati aku mmg kasihan kat mak dan ayah sbb pasti nanti tiada siapa yg akan tlg bawakan beg mereka, tp nak buat mcm mana.

"Long, tahu tak Nek Busu dah meninggal?" Mak terus berkata.

Nek Busu, tua dua tiga tahun dr ayah ku (ayah berusia 75 tahun) , adik bongsu kpd aruah datuk disebelah ayah. Mereka hanya ada 6 beradik, 4 darinya telah meninggal dunia dan kini tinggal berdua. Nek Busu tinggal di Seremban bersama dgn anak angkatnya (yg seusia dgnku seorang lelaki). Kebetulan beliau tidak mempunyai anak (sama spt kakaknya) dan mengambil anak angkat, ketika anaknya dalam lingkungan belasan tahun, suaminya menceraikan beliau dan sejak itu dia kerap bertukar rumah. (samada tinggal dgn kakak, anak saudara atau anak angkatnya)

Dua tiga tahun yg lalu beliau jatuh sakit dan bertambah parah apabila beliau terjatuh menyebabkan dia tidak boleh bangun setakat berbaring sahaja. Pernah mak mengambil beliau utk mendapatkan pemeriksaan di hospital apabila anaknya tidak menjaga nek B dgn sempurna. Tapi setelah agak baik sedikit beliau kembali semula ke rumah anaknya setelah Dr menyatakan tiada apa yg boleh dilakukan.

Kali terakhir mak dan ayah berjumpa Nek Busu akhir tahun lepas dan seperi biasa mak cakap tak pernah sekalipun berjumpa dgn anak serta menantu angkatnya. Selalunya yg ada hanyalah 2 org cucunya angkatnya.

"Meninggal??? Innalillah. Bila mak?"
mak mula menangis, "Dah sebulan Long."
"Hah!! Sebulan, bila mak tahu?"
Dengan sedih mak pun menceritakan kisahnya.

Beberapa hari yg lepas ada seorang saudara jauh memaklumkan yang Nek Busu telah meninggal dunia. Ayah (satu2nya waris lelaki) yg tidak percaya telah mengajak mak dan dik li menjengah beliau di S'ban. Kesibukan menyebabkan mereka tidak dpt ke sana sekerap yg mungkin.

Sampainya di rumah seperti biasa Eli akan memberi salam dan Nek Busu pasti akan meminta mereka mengambil kunci di tepi tingkap. Tapi kali ni tiada sesiapa yg menjawab dan Eli cuba mencari kunci rumah dan menemuinya. Selepas pintu dibuka mereka terus menuju ke bilik Nek Busu dan mendapati bilik itu kosong.

Mereka ke luar rumah dan masa tu jiran sebelah menjenguk dan terus mengajak masuk ke rumah. Jiran tu pun bercerita , lebih kurang sebulan yg lalu (2/6 - Isnin), cucu aruah sedang bersembang di rumahnya bila minta izin utk balik dan masakkan nasi utk wan (nama yg dipanggil utk nek busu) dan mengatakan wan tak sihat.

Setelah memasakkan bubur dia cuba mengejutkan nek busu malangnya tiada balasan dan beliau terus memanggil jiran sebelah. Bila di periksa didapati nek busu telahpun meninggal dunia. Jenazah aruah telah diuruskan oleh jiran tetangga tanpa seorang pun saudara mara sedangkan beliau masih lagi mempunyai seorang kakak, 10 org anak saudara dan ramai cucu2 saudara walaupun beliau tidak mempunyai anak atau cucu sendiri. Jenazah beliau telah disemadikan ptg itu juga di Seremban.

Kebetulan masa jiran tu bercerita, cucu angkat nek busu sampai dan terus mak bertanya. (masa tu mak dan Eli sedang menangis) Mengapa tak maklumkan. Bukannya mereka tak de no telefon. Cucu tu beritahu ada cuba telefon tapi tak dapat tapi yg kami pasti mesti mereka tak ada telefon sbb mereka tahu yg anak angkatnya tu mmg marahkan saudara maknya terutama ayah sebab ayah lah menyebabkan nek busu tak jadi menjualkan semua tanah2 pusaka miliknya walaupun ada beberapa keping telah terlepas ke tangan Cina.

Semasa mak bercerita air mata ini tak berhenti2 mengalir (sehingga memasakpun aku masih lagi teresak2) kerana aku tak sangka ada orang sampai hati buat macam tu. Kalau tak dapat telefon masa tu takkan tak cuba ptg or malam tu. Lagipun Kajang dan S'ban bukannya jauh, tak sampai sejam dah sampai.

Sampai sekarang aku masih lagi rasa terkilan dan sedih sangat sebab tak dapat jumpa Nek Busu buat kali terakhir. Wan Cik (kakak Nek Busu) mmg terkejut bila diberitahu satu2nya adik yg dia ada telah pergi meninggalkan dia. Apa tah lagi bbrp hari sebelum meninggal aruah ada meminta utk berjumpa dgn wan cik.

Ketika menulis ini air mata ku masih lagi mengalir tidak dapat menahan kesedihan. Sampai hatinya mereka. Semuga roh Nek busu ditempatkan bersama2 roh orang2 yg soleh. Amin

p/s Jiran tersebut memaklumkan sungguh mudah utk menguruskan jenazah aruah dan junazahnya pun ringan utk diangkat. Mudah2an beliau juga aman di sana.

1 Comments:

At 10:51 PM , Blogger InaOK said...

Salam takziah.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home