ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Wednesday, June 25, 2008

Ketika Cinta Bertasbih 2

Ketika Cinta Bertasbih oleh Habiburrahman El Shirazy
Harga RM25.90
muka surat eh mengapa buku ni tak de muka surat

Aku baru saja habis membaca novel di atas. Cerita ttg Azam yg kini berada di kampungnya di Indonesia (KCB 1 kisah Azam di Kaherah). Kisah suka duka Azam yg ingin mengakhiri zaman bujangnya tapi terpaksa menempuh pelbagai dugaan.

Aku paling suka baca tazkirah yg disampaikan oleh Azam semasa di masjid, ia amat berkesan sekali. Secara tidak langsung penulis berdakwah dengan cara menulis apa yg dinyatakan oleh Azam semasa tazkirah.

Aku juga suka cara orang2 Indonesia yg bertunang tidak terlalu lama selalunya dalam lingkungan 2, 3 bulan sahaja dan majlis pernikahan mereka dibuat disebelah pagi iaitu antara 8 ke 9 pagi. Kan bagus kalau orang-orang sini pun boleh ikut macam tu. Tak perlulah nak hidangkan mcm2 makanan cukup setakat sarapan pagi terutama di zaman segala2nya mahal.

Tapi yg paling seronok baca bila Azam yg menyatakan hasratnya utk berkahwin pada siang hari telah terus dinikahkan selepas maghrib. Kalau kat sini pasti timbul gossip yg bukan2 atau paling tidakpun orang akan berkata itu kahwin koboy namanya.

Tapi paling aku tak suka ialah novel ni seakan2 difotostat dan bukan dicetak (eh ni buku cetak rompak ke? sbb muka surat pun tak de) Ejaan serta ayat2nya terlalu banyak kesalahan. Bahkan alih bahasanya kadang2 mengikut bahasa Malaysia dan ada waktunya bahasa Indonesia, tak konsisten.

Aku dah hantar email kat penerbit buku nie tak tahulah samada mereka akan menjawabnya atau tidak. Berbeza dgn Ayat2 Cinta dan KCB 1, terbitan kali ini terlalu rendah mutunya. Apa kah penerbit terlalu tergesa2 ingin menerbitkan novel ini sehingga menyebabkan mereka 'terlupa' nak edit.

Walau apapun dari segi penceritaan dan isi aku bagi 5 bintang.

p/s aku paling suka baca puisi yg dibacakan oleh pengantin perempuan ke pengantin lelaki di muka surat terakhir. Sangat simbolik.......x rated lagi (bagi yg fahamlah) huhu...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home