ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, July 22, 2008

Membosankan

Ada kalanya kita rasa nak buat sesuatu tapi rasa bosan sangat hingga kita sendiri tak tahu apa yg ingin dibuat.

Begitulah yang terjadi pada ku. Macam2 yg ingin aku tulis sampai aku tak tahu apa nak tulis sebab aku rasa bosan pula nak menulis. Malam ni untuk yang ntah keberapa kali, aku sendirian lagi. Suami masih lagi berulang alik ke Cameron Highland. Ntah bilalah baru boleh selesai.

Ingat nak kemaskini blog dgn kisah2 yg masih belum tertulis tapi nampaknya tak tertulislah kisah2 ku itu.

Cerita pasal bosan teringat semalam bagaimana bosannya aku menunggu Dr dari jam 7.30 pagi hingga jam 12 tengah hari barulah Dr tu muncul. Aku tahulah Dr tu bukan setakat merawat pesakit di wad sahaja bahkan juga nmerupakan pensyarah kpd pelajar2 medic, tapi tak boleh ke dia dulukan pesakit yg sudah membuat temu janji terlebih dahulu. Pakkal aku 'kurang sihat' kalau tidak memang malas aku tunggu.

Kali ini pemeriksaan agak lebih rapi hingga 'rimas' ku rasa. Akhirnya aku dibekalkan dgn beratus2 biji pill (satu jenis tu sekali makan 4 bj dan makan 3 kali sehari utk selama 10 hari, lagi satu tu pula 10bj sekali makan utk tempuh 12 hari dan lagi satu 1 bj 2 kali sehari utk tempuh 21 hari) huhu boleh mati tercekek telan ubat2 tu. Dalam masa 2 minggu aku kena berjumpa Dr tu semula. Semuga kebosanan ku kali ini akan berakhir.

p/s bilalah Nazmi nak upload gambar dlm pc. Itulah kalau dpt mama yg 'buta' IT. erm semua harapkan anak2.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home