ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Sunday, July 20, 2008

Apa cerita?

Sebenarnya banyak yg berlaku dlm kehidupan sehari-harian ku sejak akhir2 ini.

20/7/08 (Ahad)
Lepas zuhur kami menghantar Nabil balik semula ke kolej. Ini merupakan kali ke 5 suami ke sana, setelah hari Selasa yg lalu kami menghantar dia utk pendaftaran. Hari Jummat pula mengambil dia utk balik dan hari ni hantar semula ke kolej. Masih lagi sesat. huhu.

Hari Selasa yg lepas kami terpaksa berpusing utk pendaftaran, kemudian utk keluar makan selepas tu utk balik. Masa balik yg sepatutnya mengambil masa tak sampai setengah jam menjadi 1 jam apabila suami megambil jalan yg jauh. Konon2 nak tgk samada jln tu dekat ke tidak. Suami2.

19/7/08 (Sabtu)
Dah banyak kali aku mengajak suami utk ikut serta dalam majlis 'gathering' Resipi.Net hari ni di rumah Lynn Syam kat Rawang. Malangnya tidak berjaya sama juga seperti tahun2 sebelumnya. Kali ini alasannya utk melihat kambing2nya di kampung. Tapi mmg patut pun dia prg sebab dah hampir 2 bulan dia tak balik kg. Sentiasa sibuk dgn bermacam2 hal.

Jam 10 aku minta anak ku menghantar ke stesen komuter. Langit nampak begitu gelap sekali. Kalau hujan ni pastilah lebat. Aku menaiki tren jam 10.04am dan tutun di KL sentrak sebelum menukar tren ke Rawang. Ini bukanlah pertama kali aku ke Rawang walau bagaimanapun kali terakhir aku ke sana semasa Nasuha belum lagi bersekolah bermakna lebih dari 10 tahun. Lama tu.......

Samapi di Rawang terasa sangat perbezaannya dibandingkan semasa lama dulu aku ke sana. Aku cuba bertanya kpd kakitangan KTM serta peniaga di situ jauhkah jarak diantara Stesen Komuter dan Kora Emerald? Malang kesemua mereka tidak tahu dimana letaknya KE. Eh salah nama ke? Akhirnya seorang lelaki bersama dgn anaknya bertanya kemana aku hendak pergi.

Nasib baiklah lelaki ini tahu dimana tempatnya dan terus mengajak aku menaiki keretanya. (Nasib baik Lynn beritahu ada teksi sapu di situ kalau tidak pasti aku tak berani nak naik).
"Berapa tambang?"
"RM17"
"Huh mahalnya. Tak boleh kurang ke?"
"Jauh tempatnya, adalah lebih kurang 18km"
"ermmm oklah" Aku terpaksa bersetuju kerana tak mahu tunggu lama2.

Terkejut aku bila kereta yg kunaiki agak uzur keadaannya. Tak pelah, kasihan lelaki nie mesti mencari duit tambahan utk anak2 serta isterinya.
"apa nama tempatnya"
Aku mengambil kertas yg aku print utk melihat alamatnya dan menyerahkan kpd lelaki itu.
'ooo ini dekat je. Dalam RM13je"

Akhirnya aku sampai ke destinasi dalam jam 12 tgh hari dan lelaki itu hanya mengambil RM10 shj. (Tapi sebenarnya kata Syam, tambangnya cuma RM6 sahaja tp kakak Lynn yg dtg tgh hari tu bayar RM12. Kira aku murahlah sikit). Wah siap khemah lagi. Ni mesti ramai jemputan, ialah tgk dari senarai nama hampir 100++ yg akan hadir.

Memandangkan acara hanya bermula jam 12.30 tgh hari tak ramai yg berada dalam rumah tu. Yg aku jumpa Atiey, Anim, Jeni, Mamazieza, Yanti, kak Ray tak ketinggalan tuan rumah Lynn dan suaminya yg sporting Syam dan beberapa lagi muka baru (or apakah yg lama tapi aku tak ingat) yg ada. Duduk2 sambil membantu apa yg patut.

Utk hadir ke majlis ni setiap ahli diminta membawa hadiah utk tukar2 bernilai tak kurang RM10. Aku belikan cookie cutters serta measuring cup and spoon. Aku juga membawa hadiah utk lucky draw, sehelai 'magic iron pad'. Yg ni Mama zieza yg dapat, siap komen 'bagi pada org yg terlebih rajin menggosok'. tak pelah Ma, lepas ni boleh selalu2 menggosok. Senang je pakai magic iron pad ni. Tak perlu gosok lama2.

Banyak juga hadiah2 utk lucky draw dan tukar2 (Tapi sayangnya yg meletakkan hadiah telah terkonfius menyebabkan hadiah lucky draw lebih banyak dr tukar2 (or mmg hadiah lucky draw tu banyak, ialah ada yg bawa sampai 3-4 hadiah). Ada macam2 hadiah termasuk buku2 resipi dari chef siap dgn tanda tangan mereka sekali.

Bila jam 12.30, ramai yg mula dtg. Antaranya beberapa org Chef yg aku lupa nama tapi selalu gak nampak kat tv termasuk Chef Anuar. Lepas tu muncullah muka2 yg biasa aku jumpa, Roz (Sabrina bubble), Tun. Ida Merpati, Suria, Shu, Eana, Sarah Jasmin dan kembarnya Sherina, Nomie, Mas, Mel Melati, Lynn Hassan, LindaZA dan juga muka2 baru tapi biasa 'bersembang' spt Liza Virus dan Miza Maybank, dan bbrp muka yg pertama kali jumpa spt Zaitgha, Kuyah dan ramai lagilah yg tak ingat namanya. Ada juga beberapa org dari Singapura yg turut serta spt Mel Melati, Lynn Tahir and the gang. Ada juga yg kata nak dtg tapi tak dtg spt Elly Eksekutif Suri.

Menu pula punyalah banyak sampai tak muat meja. Kek b'day saja ada sampai 4 biji, macam2 jenis rasa dan rupa. Belum lagi kuih lapis, karipap telur puyuh (yg dikurier khas dari JB oleh Linda), beriyani kambing dan ayam, masak lemak daging salai, sambal belacan , kailan ikan masin, mee hoon, nasi ayam, bbrp jenis ccokies, pai, pudding, laichee kang, mee kari laksa(shu dan Atiey), botok2(dibawa khas dr JB), agar2 kering( khas dari Chef Tania, Singapura) dan macam2 lagi yg aku tak kenal. Aku hanya sempat merasa beberapa jenis sahaja. Tak larat rasanya perut ku ini.

Seperti tahun2 sebelumnya RN juga memberi doorgift. Kali ini penyepit makanan, minyak wangi (ni mesti dari Jeni bawa khas dari Riyadh), cookie yg dilukis (rasanya ini dari mamzieza) dan juga CD koleksi resipi dari ResipiDotNet. Disamping itu aku juga mendapat measuring cup utk hadiah tukar2 dan juga mangkuk dan tupperware hadiah lucky draw.

Majlis tamat jam 5 ptg dgn acara terakhir menapau makanan. Banyak juga yg aku bawa balik sampai tak larat nak bawa. Syam menghantar aku ke stesen komuter. Aku naik tren jam 6.05 minit dan turun di stesen Putra utk mengelakkan tak dapat tempat duduk. Mmg betul pun sebab di KL Sentral org terlalu ramai. Sampai di rumah jam 7.40mlm. Penat deh...aku tidur jam 9.30 mlm. Tak ingat apa dah.

Oh ye spt tahun sebelumnya, wartawan dari Kosmo juga dtg. Kali ni Mel Melati diinterview. Tak sabar nak tgk berita keluar akhbar. Rasanya wartawan majalah 'Sedap' juga ada datang.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home