ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Sunday, July 27, 2008

Terkilan

Semlm balik ke dua-dua kg. Sebelah pagi ke Sepang dan ptgnya ke Cheras. Ingatkan nak tidur sana tp disebabkan masalah 'teknikal' jam 8mlm balik semula ke SA. Lagipun di masjid sebelah rumah ada rakaman Forum Perdana Ehwal Islam anjuran RTM utk siaran hari raya dan tahun baru. Ingatkan nak prg tapi rasa mengantuk dan suami pun prg hanya utk sessi kedua dr jam 10 hingga 11 mlm.

Maghrib tu suami trm berita yg menyedihkan. Salah seorg rakan semasa dia belajar di U dan sama2 buat projek telah meninggal dunia. Dalam usia yg tak sampai 50 tahun bertugas sebagai GM di salah sebuah agensi kerajaan, dia prg meninggalkan isteri serta 4 org anak.

Suami benar2 terkilan sbb sudah hampir 8 tahun tidak bertemu dan suami baru saja berhubung dgn dia minggu lepas. Berjanji utk berjumpa minggu hadapan tapi nampaknya tak kesampaian. Suami benar2 terkilan dan sehingga sekarang masih lagi memperkatakan ttg rakannya itu.

Dia dimaklumkan meninggal akibat serangan jantung walau bagaimana pun tidak diketahui bagaimana cerita sebenar. Suami cuma dimaklumkan oleh rakannya yg lain bahawa rakan yg meninggal tu ada mengajak rakan tu utk bermain golf tp dia tak dpt prg. Tidak tahulah samada dia meninggal sebelum, semasa atau selepas bermain golf.

Innalillah wainnahilahirajiun semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org yg beriman. AMIN

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home